Hujan lebat luar biasa yang berterusan selama dua jam pada petang Jumaat mengakibatkan kawasan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dan sekitarnya dilimpahi banjir lumpur.
Menurut Pegawai Daerah Kinta, Halizah Sipun, kali terakhir banjir seumpama itu berlaku di kawasan kem berkenaan adalah pada 2018.
Namun, katanya, banjir lumpur yang berlaku semalam lebih teruk, sehingga tular di media sosial, selain mengakibatkan kerosakan pada infrastruktur di kem terbabit.
"Kita dapati banyak punca yang menyumbang kepada kejadian banjir yang berlaku pada petang semalam.
"Antaranya, sepanjang rekod dari 2018 hingga kini, hujan turun di kawasan ini lebih kurang dalam 58 milimeter sejam.
"Tetapi, semalam hujan turun antara 95 hingga 100 milimeter, maknanya pertambahan hampir 100 peratus kuantiti air hujan," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kinta ditemui pemberita selepas meninjau kesan banjir di kem PGA dan sekitarnya hari ini.
Halizah berkata, hujan yang turun sejak pukul 4 hingga 6 petang semalam mengakibatkan dewan yang menempatkan enam gelanggang badminton dan sepak takraw di kem itu dipenuhi air.
Selain itu, kawasan padang kawad turut dipenuhi lumpur.
"Semakan kita di atas puncak berhampiran dengan Hutan Lipur Ulu Kinta, menurut laporan, di situ banyak air yang berkumpul, berpunca daripada aliran atau pun alur sungai.
"Apabila air tersebut berkumpul, ia akan mencari laluannya sendiri. Jadi, antara laluan yang termasuk dalam aliran air adalah yang menghala ke bahagian bawah, termasuk kem PGA ini," katanya.
Halizah berkata, nilai kerosakan masih dalam penilaian dan pihaknya sedang melaksanakan tindakan susulan berhubung kejadian itu.
Ujarnya lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membuat kerja-kerja mengorek dan mendalamkan kolam di kawasan PGA selain penyelenggaraan di sepanjang laluan air.
Aida Aziz
Sat Aug 22 2020
Hujan yang turun sejak pukul 4 hingga 6 petang Jumaat mengakibatkan dewan yang menempatkan enam gelanggang badminton dan takraw di kem PGA Ulu Kinta dipenuhi air. - Foto ihsan pembaca
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.