awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat luar biasa punca ban RTB Sungai Samagagah pecah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/08/2021
02:53 MYT
Hujan lebat luar biasa punca ban RTB Sungai Samagagah pecah
Ketika ini air Sungai Beriah dan Sungai Samagagah berada pada paras bahaya iaitu 3.32 meter. - Foto Sinar Harian
BAGAN SERAI: Hujan lebat luar biasa di kawasan tadahan Sungai Kerian menyebabkan ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Samagagah tidak dapat menampung kapasiti air yang melintas dan menyebabkan ban terputus.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berdasarkan bacaan di tiga stesen berdekatan sejak beberapa hari lalu, jumlah hujan dicatatkan antara 109 mm hingga 167.5 mm.
Menurutnya, berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga stesen hujan itu ialah di Felda Ijok, Loji Air Sungai Bayor dan Selama Gua Petai.
“Ketika ini air Sungai Beriah dan Sungai Samagagah berada pada paras bahaya iaitu 3.32 meter,” katanya di sini.
Kejadian ban pecah itu yang disedari penduduk sekitar jam 8 pagi semalam, telah menyebabkan banjir antara 0.6 hingga 1.5 meter di Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Haji Kasim dekat sini.
Setakat ini, 18 individu daripada enam keluarga dipindahkan.
Mohd Zolkafli berkata, pihak JPS juga menjangkakan kemungkinan antara antara 1,500 hingga 2,000 rumah yang terjejas.
Sehubungan itu, katanya, pihak JPS telah mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian segera.
Menurutnya, pihak JPS Kerian telah mengaktif operasi pam kekal Matang Tengah bagi mengeluarkan air yang terperangkap serta membuka pintu di Ampang Jajar.
Di samping itu, katanya, JPS juga memohon peruntukan kecemasan bagi membaiki ban RTB yang putus bagi mengelakkan kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#sungai kerian
#ban
#terputus
#Sungai Samagagah
#Mohd Zolkafly Harun
#JPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan