Hujan lebat, ribut petir di kebanyakan kawasan di seluruh negara berlarutan hingga malam ini

Nickyson Nyambar
September 29, 2021 10:45 MYT
MetMalaysia meramalkan hampir kesemua kawasan bakal mengalami ribut petir mulai petang ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal kebanyakan kawasan di seluruh negara mengalami ribut petir dan hujan lebat mulai petang ini dan berlarutan sehingga 9 malam ini.
Ini termasuk hampir kesemua kawasan di Semenanjung kecuali beberapa kawasan di Pantai Barat.
"Negeri-negeri yang mendapat amaran ribut petir adalah Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
"Kawasan di negeri Perak merangkumi Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar. Bagi Kelantan merangkumi kawasan Jeli dan Gua Musang.
"Terengganu pula Hulu Terengganu dan Dungun, Pahang (Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing dan Kota Tinggi)," katanya.
Sumber Facebook malaysiamet
Selain di Semenanjung, amaran sama turut dikeluarkan di Sabah dan Sarawak.
"Kawasan yang disenaraikan dalam amaran ribut petir ini melibatkan Sarawak iaitu daerah Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
"Bagi Sabah pula melibatkan Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau. Selain itu, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Sandakan dan Kudat," tambahnya.
#Amaran Cuaca #hujan lebat #ribut petir #Malaysia