awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat sejak semalam, Terengganu mula dilanda banjir

Bernama
Bernama
09/12/2022
05:15 MYT
Hujan lebat sejak semalam, Terengganu mula dilanda banjir
Hujan lebat sejak malam semalam menyebabkan 50 mangsa dipindahkan di dua PPS di daerah tersebut, setakat tengah hari ini. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Kuala Terengganu menjadi daerah pertama membuka pusat pemindahan sementara (PPS) apabila beberapa lokasi di Chendering dan Atas Tol dinaiki air, sejak pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat sejak malam semalam menyebabkan 50 mangsa dipindahkan di dua PPS di daerah tersebut, setakat tengah hari ini.
"Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering menjadi PPS pertama yang dibuka pada 7.15 pagi tadi menempatkan 33 mangsa daripada sembilan keluarga manakala PPS SK Atas Tol menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga," menurut kenyataan itu.
Hujan berterusan sejak Khamis, Kuala Terengganu banjir
Kenyataan tersebut memaklumkan setakat tengah hari ini, semua daerah dilaporkan hujan dan pihaknya menjangkakan mungkin berlaku peningkatan jumlah mangsa dipindahkan ke PPS.
Berdasarkan data yang dikongsi JPS melalui laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my setakat ini, paras air di Sungai Nerus dan Sungai Chalok di daerah Setiu serta Sungai Tersat dan Sungai Telemong di Hulu Terengganu telah melepasi paras bahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir
#Kuala Terengganu
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan