MALAYSIA
Hujan lebat tahap buruk melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor sehingga Khamis
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan membadai seluruh Kelantan dan Terengganu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga Khamis ini.
Ringkasan AI
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan membadai seluruh Kelantan dan Terengganu.
Amaran cuaca sama turut melibatkan beberapa kawasan di Pahang, membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin, serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.
Jabatan itu memaklumkan hujan berterusan tahap waspada pula dijangka melanda Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) untuk tempoh sama.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku sehingga esok di Pahang melibatkan Raub dan Bentong serta Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga Khamis ini untuk beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor.
- Hujan lebat diramal melanda kawasan tertentu seperti Kuantan, Pekan, Rompin, Mersing, dan Kota Tinggi.
- Awasan hujan berterusan turut diberikan untuk kawasan lain seperti Perak, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Johor Bahru, Raub, dan Kuching sehingga esok.