awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, tanah mendap di Jalan Maarof

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2021
17:05 MYT
Hujan lebat, tanah mendap di Jalan Maarof
Kejadian hujan lebat serta ribut petir sejak petang Sabtu mengakibatkan mendapan dan kerosakan teruk di Jalan Maarof, Bangsar malam tadi. - Facebook/Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Kejadian hujan lebat serta ribut petir sejak petang Sabtu mengakibatkan mendapan dan kerosakan teruk di Jalan Maarof, Bangsar malam tadi.
Menerusi video yang dikongsikan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, kerosakan dan mendapan sepanjang kira-kira 200 hingga 300 meter itu menyebabkan jalan tersebut ditutup buat sementara waktu.
Menurut beliau, kejadian itu disedarinya sejurus selesai menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, di mana beliau terlihat kereta peronda menghalang laluan berkenaan.
“Saya pergi sembahyang Isyak dan Tarawih di Masjid Bangsar tadi, masa nak keluar tu saya terkejut melihat kereta peronda menghalang jalan.
“Pada mulanya saya ingatkan berlaku satu lagi ‘gang fight’ (pergaduhan kumpulan).
"Bila saya jalan, (saya lihat) semua kenderaan telah diarah membuat lencongan ke jalan lain,” jelasnya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya.
Sumber Facebook Fahmi.Fadzil.1
Menerangkan mengenai tahap kerosakan jalan tersebut, Fahmi berkata kerosakan yang berlaku agak teruk sehingga menyebabkan dinding longkang jatuh.
Jelas beliau, pada jangkaannya ribut dan hujan lebat berkenaan berkemungkinan berlaku sekitar 9 malam tadi.
"Jadi kalau ada sesiapa tadi yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Bangsar, mungkin dalam pukul 9 atau 10 malam, kemungkinan besar (kesesakan itu) berkaitan masalah ini," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan unit kecemasan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut berada di lokasi kejadian.
Tanah mendap sebesar tayar kereta di J.Maarof menghala Bangsar. Berdekatan stesen minyak petronas #kltu pic.twitter.com/4pFIe8Jzsy
— ITIS DBKL (@ITIS_TRAFIK) March 9, 2015
Justeru, katanya kerja-kerja baik pulih akan dijalankan termasuk siasatan mengenai punca sebenar kejadia berkenaan.
Sebagai rekod, sebelum ini jalan tersebut pernah menyaksikan kejadian mendapan di tengah jalan raya pada Mei, 2015 lalu.
Topic Berkaitan
#Jalan Maarof
#hujan lebat
#Jalan rosak
#jalan mendap
#Bangsar
#Fahmi Fadzil
#Ahli Parlimen Lembah Pantai
#ribut petir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan