NATIONAL
Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Mohamad Fahmi Hafiz
Jenazah Mohamad Fahmi Hafiz, murid Tahun 4 yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga, pada jam 3.20 petang tadi. -Astro AWANI
KEPALA BATAS: Jenazah murid Tahun 4, Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, 10, yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga, jam 3.20 petang tadi.
Ringkasan AI
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai jam 2.45 petang selepas solat Jumaat yang dihadiri kira-kira 150 jemaah.
Terdahulu, jenazah Mohamad Fahmi dibawa pulang ke rumah neneknya, Hambiah Kassim di Kampung Permatang Binjai sebaik urusan bedah siasat di Jabatan Forensik Pulau Pinang selesai kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Ia bagi memberi peluang kepada sanak saudara serta rakan-rakan arwah memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke masjid untuk disolatkan.
Selain ibu bapa dan ahli keluarga terdekat, guru, rakan-rakan sekolah, serta pemimpin kawasan mengiringi perjalanan anak sulung daripada dua beradik itu ke negeri abadi dalam keadaan hujan renyai.
Mohamad Fahmi Hafiz menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 malam tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang.
Media pada Rabu melaporkan Mohamad Fahmi Hafiz rebah ketika menghadiri Kelas Al-Quran dan Fardhu 'Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth kira-kira jam 2.30 petang Selasa.
Mohamad Fahmi Hafiz dilaporkan kritikal di HPP selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
Ringkasan AI
- Jenazah Mohamad Fahmi Hafiz, murid Tahun 4 yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga, pada jam 3.20 petang tadi.
- Jenazah disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai selepas solat Jumaat, dihadiri kira-kira 150 jemaah. Sebelum itu, jenazah dibawa pulang ke rumah neneknya untuk penghormatan terakhir.
- Mohamad Fahmi Hafiz menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang selepas rebah ketika menghadiri Kelas Al-Quran dan Fardhu 'Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai jam 2.45 petang selepas solat Jumaat yang dihadiri kira-kira 150 jemaah.
Terdahulu, jenazah Mohamad Fahmi dibawa pulang ke rumah neneknya, Hambiah Kassim di Kampung Permatang Binjai sebaik urusan bedah siasat di Jabatan Forensik Pulau Pinang selesai kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Ia bagi memberi peluang kepada sanak saudara serta rakan-rakan arwah memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke masjid untuk disolatkan.
Selain ibu bapa dan ahli keluarga terdekat, guru, rakan-rakan sekolah, serta pemimpin kawasan mengiringi perjalanan anak sulung daripada dua beradik itu ke negeri abadi dalam keadaan hujan renyai.
Mohamad Fahmi Hafiz menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 malam tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang.
Media pada Rabu melaporkan Mohamad Fahmi Hafiz rebah ketika menghadiri Kelas Al-Quran dan Fardhu 'Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth kira-kira jam 2.30 petang Selasa.
Mohamad Fahmi Hafiz dilaporkan kritikal di HPP selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.

#gula-gula kenyal berbentuk mata
#Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin
#selamat dikebumikan
#Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai
#masjid jamek permatang binjai