awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
[TERKINI] Penyampai cemas ketika 'live', bangunan stesen TV milik kerajaan Iran diserang Zionis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Hujan ribut, pokok tumbang, empat cedera, 10 rumah rosak di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/05/2025
21:30 MYT
Hujan ribut, pokok tumbang, empat cedera, 10 rumah rosak di Ipoh
Anggota JBPM melakukan kerja-kerja pemeriksaan dan pemantauan di lokasi tersebut bagi memastikan tiada mangsa tertindih dibawah runtuhan selain mangsa yang terlibat. - Foto JBPM Perak
IPOH: Empat cedera, seorang selamat selepas bumbung garaj sebuah rumah kosong di Jalan St. John, di sini runtuh dalam kejadian hujan lebat disertai angin kencang, petang semalam..
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.45 petang.
Menurutnya, kelima-lima mangsa berteduh di bawah garaj rumah kosong itu ketika hujan lebat dan angin kencang di sekitar Ipoh.
“Setibanya jentera di tempat kejadian didapati seorang mangsa selamat dan tidak mengalami kecederaan.
“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat, terdapat empat mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan pada pihak perubatan,” katanya di sini.
Beliau berkata, tiga mangsa lelaki mengalami cedera ringan manakala seorang mengalami kecederaan patah tangan.
Menurutnya, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja pemeriksaan dan pemantauan di lokasi tersebut bagi memastikan tiada mangsa tertindih dibawah runtuhan selain mangsa yang terlibat.
Kejadian itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Gugusan Manjoi terjejas di samping pokok tumbang.
Sabarodzi berkata, di Kampung Dato Ahmad Said iaitu di Jalan Berlian, Jalan Undan dan Jalan Bangsa, bumbung dua buah rumah tercabut dan pokok tumbang yang menghalang laluan.
Bagaimanapun, katanya, kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa.
“Ketua Operasi melakukan size up mengarahkan anggota melakukan pembersihan dengan melakukan pemotongan pada dahan pokok yang menghalang laluan serta memantau rumah yang terlibat bagi memastikan tiada mangsa yang terlibat,” ujarnya.
Sementara itu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kinta melaporkan sekurang-kurangnya lapan buah rumah di Lebuh Rajawali, Kampung Dato Ahmad Said 2, terjejas dalam kejadian tersebut.
Menurut laporan itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada seorang anggota APM kira-kira jam 5.53 petang.
“Setakat jam 7 malam, terdapat lapan buah rumah terjejas di Lebuh Rajawali,” kata laporan itu.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Ipoh
#ribut
#Pokok tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami