Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Rompin, Pahang

Bernama
Januari 7, 2024 09:22 MYT
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku hingga Isnin di beberapa kawasan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya berlaku di Rompin, Pahang bermula hari ini hingga esok.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku hingga Isnin melibatkan Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Pahang melibatkan Maran, Kuantan dan Bera serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
-- BERNAMA
#hujan lebat #cuaca buruk #tahap bahaya #Rompin #MetMalaysia