awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukum ambil vaksin COVID-19 adalah harus - PM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/01/2021
11:26 MYT
Hukum ambil vaksin COVID-19 adalah harus - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak. - Gambar fail AP
PUTRAJAYA:Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.
"Saya juga ingin berkongsi bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan," katanya ketika menyampaikan Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) pada Isnin.
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus - PM
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin ini akan dihebahkan dalam masa terdekat.
Katanya, secara realistiknya, program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.
"Ini bermakna, kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal Mac, dan dapat meliputi lebih daripada 80 peratus atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022," ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Muhyiddin turut mengumumkan bahawa perancangan program vaksinasi kita adalah on-track.
Katanya, kerajaan telah menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin dan dijangka menerima bekalan vaksin yang pertama pada penghujung bulan Februari nanti.
"Melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 yang telah ditubuhkan, kerajaan akan memastikan ketelusan perolehan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan akan diberi perhatian utama.
"Sebanyak RM3 bilion telah diperuntukkan khusus bagi perolehan ini," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Pfizer
#hukum vaksin
#Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan