"Hukumlah saya jika didapati bersalah tetapi bukan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu menyampaikan bantuan kepada orang miskin ini."
Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said susulan dakwaan bahawa beliau dan beberapa orang lagi melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jumaat lepas.
Beliau berkata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di rumahnya ketika sukarelawan melakukan kerja-kerja untuk mengagihkan bantuan dan gambar beramai-ramai itu dirakam secara spontan.
"Menteri Besar hubungi saya menyatakan hasrat mahu datang ke rumah untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan bantuan kepada rakyat dan kebetulan waktu beliau tiba itu, petugas sukarelawan DUN (Dewan Undangan Negeri) Kijal sedang menyusun barangan keperluan bantuan.
"Mereka sangat teruja dapat peluang jumpa Menteri Besar dan terus rakamkan gambar... dalam keadaan itulah terlupa untuk jarakkan diri antara satu sama lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Justeru, Ahmad berkata beliau berharap rakyat Malaysia tidak 'menghukum' sukarelawan terbabit kerana mereka sanggup berpenat lelah, berhujan dan berpanas untuk bekerja tanpa sebarang elaun dalam memastikan rakyat tidak terputus bekalan barangan keperluan dapur.
Ahli DUN Kijal itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak mengamalkan jarakan sosial dalam gambar yang tular.
Beliau berkata, terdapat lebih 10,000 rumah dalam DUN Kijal dan beliau memutuskan agar bantuan itu diberikan kepada semua rumah secara berperingkat menggunakan khidmat sukarelawan untuk mengangkat beras, tepung dan gula.
"Sebenarnya pergerakan seramai 20 sukarelawan DUN Kijal ini sentiasa dalam makluman polis dan mereka bukanlah datang hantar bantuan itu beramai-ramai, sebaliknya berpecah ke kampung yang berbeza kerana ada laluan ke rumah penduduk tidak boleh menggunakan kenderaan biasa... jadi terpaksa gunakan motosikal.
"Setakat ini, kita dah agih untuk 6,000 rumah dan bakinya 4,000 rumah lagi sedang diusahakan kerana tidak mahu sukarelawan bekerja ketika berpuasa," katanya.
Ahmad, yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkata tidak timbul soal pilih kasih antara rakyat marhaen dan pemimpin politik dalam mematuhi peraturan sepanjang PKP kerana kebanyakan tangkapan membabitkan rakyat ialah kerana mereka keluar tanpa tujuan jelas sedangkan pemimpin politik perlu 'bergerak' demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan sepanjang tempoh itu. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 19 2020

Ahmad Said memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak mengamalkan jarakan sosial dalam gambar yang tular. - Gambar fail

AUKU: KPT kaji kebebasan dan autonomi pelajar
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika ini KPT dalam fasa memperhalusi setiap fasal dibawah Akta berkenaan.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.

TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Johor catat peningkatan kes kesihatan mental, gangguan emosi sejak COVID-19
Perkembangan itu cukup membimbangkan memandangkan ia perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlarutan sehingga membawa kepada isu kesihatan lain.

'Cukup sampai di sini sayang' - UMNO Terengganu umum tanding semua kerusi Parlimen, DUN
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata parti itu juga optimis untuk merampas kembali kerusi yang kalah pada pilihan raya umum lalu.

"Hukum saya, bukan sukarelawan yang bantu orang miskin" - Ahmad Said
"Hukumlah saya jika didapati bersalah tetapi bukan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu menyampaikan bantuan kepada orang miskin ini."

Ahmad Said beri keterangan di SPRM berhubung 1MDB
Datuk Seri Ahmad Said beri keterangan secara sukarela bagi membantu siasatan SPRM berhubung 1MDB.

Mat Said akan bertanding Naib Presiden UMNO
Mat Said membuat pengumuman untuk merebut jawatan itu selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman.

Siapa kata saya akan bergabung dengan PAS? - Ahmad Said
Ahmad Said berkata beliau masih anggota UMNO dan tidak pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.

Tolak jawatan exco negeri, Ahmad Said sifatkan tawaran seolah persendakannya
Datuk Seri Ahmad menggambarkan tawaran berkenaan seakan-akan mempersendakan beliau yang pernah pegang jawatan nombor satu di negeri itu.

Usul undi tidak percaya Ahmad Said terhadap MB Terengganu ditolak
Usul undi tidak percaya yang dikemukakan Datuk Seri Ahmad Said itu tidak mengikut peraturan ketika beliau mencadangkannya.

Usul undi tidak percaya terhadap MB Terengganu Ahmad Razif
Keputusan sama ada usul itu diterima atau ditolak akan diketahui selepas pukul 2.30 petang nanti.