MALAYSIA
Hukuman lebih berat menanti pembuli, pindaan akta berkuat kuasa hari ini
Pelaksanaan kedua-dua akta bertujuan memperkemaskan prosedur perundangan, meningkatkan kecekapan proses keadilan jenayah serta membolehkan tindakan lebih pantas dan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 mula dilaksanakan secara rasmi pada Jumaat bagi menangani kesalahan buli termasuk buli siber dengan lebih tegas dan menyeluruh.
Kedua-dua akta berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Disember dan di Dewan Negara pada 16 Disember lalu dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan, pindaan itu memperkenalkan Seksyen 507B hingga 507G, yang secara khusus memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pelaku buli melibatkan komunikasi berunsur ancaman, penghinaan atau cercaan yang bertujuan menimbulkan gangguan emosi atau ketakutan kepada mangsa.
"Ia memperkenalkan peruntukan khusus yang membolehkan tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pelaku buli, selaras dengan komitmen kerajaan untuk melindungi masyarakat terutamanya golongan rentan seperti kanak-kanak, remaja serta individu yang mengalami tekanan mental akibat gangguan buli," jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan, pindaan tersebut turut merangkumi kesalahan penyebaran maklumat peribadi tanpa izin atau doxing yang kini diklasifikasikan sebagai jenayah serius dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.
Menurut kenyataan itu lagi, pindaan itu dibuat selepas meneliti kelemahan undang-undang sedia ada yang didapati tidak mencukupi untuk menangani pelbagai bentuk ancaman psikologi dan emosi, terutamanya dalam persekitaran digital yang semakin mencabar.
"Pelaksanaan kedua-dua akta itu juga bertujuan memperkemaskan prosedur perundangan, meningkatkan kecekapan proses keadilan jenayah serta membolehkan tindakan lebih pantas dan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
"Kerajaan turut memberi jaminan bahawa penguatkuasaan undang-undang ini akan dilakukan secara adil dan saksama, tanpa menjejaskan hak kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.
"Langkah ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan undang-undang negara kekal relevan dan mampu menangani cabaran jenayah moden demi melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat," jelas kenyataan itu.