PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga Kemboja terlepas daripada hukuman mati atas kesalahan membunuh dua kanak-kanak lelaki dan dua wanita kira-kira sembilan tahun lepas, apabila Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 60 tahun.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas penjual air Usuf Matli, 39, selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari mengesahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi lelaki itu supaya sabitan atas kesalahan membunuh diganti kepada menyebabkan kematian.
"Sabitan dan hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh) oleh Mahkamah Tinggi (Shah Alam) diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap empat pertuduhan di bawah Seksyen 304(a).
"Oleh itu, perayu (Usuf) menjalani hukuman penjara selama 60 tahun kerana hukuman itu berjalan berasingan dari tarikh tangkap pada 7 Sept 2015," kata Hakim Hadhariah yang bersidang bersama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin hari ini.
Mengikut keempat-empat pertuduhan, Usuf didakwa telah menyebabkan kematian terhadap dua kanak-kanak lelaki iaitu Rahimi Yusof dan Asnawi Ahmad serta dua wanita iaitu Fatimas Aly dan Salamah Yusof di kebun kelapa sawit di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang Kuala Langat, Selangor antara 1 pagi hingga 7.25 malam pada 6 Sept 2015.
Terdahulu Usuf mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman denda.
Pada 8 Ogos 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Usuf selepas didapati bersalah kerana membunuh empat warga Kemboja itu.
Peguam Salim Bashir yang mewakili Usuf merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman penjara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 7 Sept 2015.
Mohd Fairuz pula memohon perayu dikenakan hukuman penjara 18 tahun bagi setiap pertuduhan kerana dalam kejadian itu empat nyawa terkorban dan mangsa dibunuh dengan kejam
"Oleh itu, saya mohon hukuman penjara minimum 18 tahun dengan mengambil kira trend kesalahan yang dilakukan perayu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Hukuman mati diganti dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap empat pertuduhan di bawah Seksyen 304(a). - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Indonesia setuju serah Mary Jane Veloso kepada pihak berkuasa Filipina
Indonesia bersetuju untuk memindahkan pekerja Filipina, Mary Jane Veloso yang disabitkan kesalahan dadah ke penjara di Filipina.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Singapura arah Meta maklumkan pengguna mengenai kenyataan palsu berkenaan hukuman mati
Ia berikutan penyiaran semula kenyataan palsu di platformnya mengenai penjadualan hukuman mati dan pendakwaan kes pengedaran dadah di Singapura.
Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis
Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS.
Jerman akan tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati lelaki dua kerakyatan
Langkah ini melibatkan perwakilan Iran di Hamburg, Frankfurt dan Munich, namun tidak termasuk kedutaan di Berlin.
Bunuh rakan: Hukuman mati bekas pekerja kilang diganti penjara 34 tahun
V. Veeran dan M.S. Sasitharan juga diperintah menjalani hukuman masing-masing dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 23 Jun dan 25 2014.
Iran gugur hukuman mati terhadap aktivis terkenal - Peguam
Hukuman ke atas Sharifeh Mohammadi akan dibicarakan semula dalam perbicaraan baharu, kata peguamnya, Ami Raissian.
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.
Anak Sosilawati syukur pembunuh ibu akhirnya ke tali gantung
Anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh 14 tahun lalu bersyukur kerana pembunuh ibunya bakal ke tali gantung.