awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wang Yi hubungi Menteri Luar Iran: China tentang percubaan kenakan kehendak sendiri ke atas negara lain
Wanita didakwa atas 24 pertuduhan CBT
Kadar pengangguran negara catat 2.9 peratus, terendah dalam tempoh 11 tahun - PMO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman pengasuh aniaya dua bayi di taska pada 17 April

Bernama
Bernama
16/01/2026
09:00 MYT
Hukuman pengasuh aniaya dua bayi di taska pada 17 April
Pada 8 Jan lepas, Perada telah melakukan penganiayaan dengan cara menampar pipi dan mengetuk kepala bayi terbabit. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 17 April ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang pengasuh yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap dua bayi di sebuah taska, Disember tahun lepas.
Hakim Suhaila Haron menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan menyediakan laporan perubatan mangsa daripada hospital kerajaan untuk mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Perada Randai, 27.
"Mahkamah memerlukan laporan penuh mangsa daripada hospital kerajaan (untuk menjatuhkan hukuman), oleh itu mahkamah ini menetapkan 17 April untuk hukuman. Pada tarikh sama ibu mangsa akan membacakan pernyataan impak mangsa di mahkamah," kata Suhaila.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin memaklumkan pihaknya hanya menyediakan laporan perubatan mangsa, iaitu seorang bayi lelaki berumur enam bulan daripada sebuah klinik swasta.
Beliau turut memberitahu bahawa bagi satu lagi pertuduhan yang dihadapi tertuduh, Mahkamah Sesyen Jenayah 15 telah menetapkan 17 April untuk fakta kes dan hukuman.
Sementara itu, peguam pemerhati yang mewakili ibu dan bapa mangsa, Jason Wee, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah menyediakan pernyataan impak mangsa dan memohon supaya pernyataan itu dibacakan oleh ibu mangsa di mahkamah pada tarikh hukuman.
Selepas prosiding, Wee memaklumkan kepada media bahawa tujuan pihaknya mengemukakan pernyataan impak mangsa kepada mahkamah adalah bagi memberi penjelasan serta kesedaran kepada masyarakat tentang kes sedemikian yang melibatkan bayi.
"Pernyataan impak mangsa ini amat penting kerana ia melibatkan bayi kecil yang tidak boleh bercakap serta tidak boleh berjalan lagi. Hanya ibu bapa mangsa sahaja yang boleh memberikan satu kenyataan mengenai apa yang mereka lalui disebabkan kejadian ini," kata peguam itu.
Pada 8 Jan lepas, Perada mengaku bersalah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan telah melakukan penganiayaan dengan cara menampar pipi dan mengetuk kepala bayi terbabit, iaitu perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Dia juga mengaku bersalah melakukan perbuatan sama terhadap seorang bayi lelaki berumur enam bulan dengan cara menutup muka mangsa dengan bantal dan memaksa mangsa minum susu.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah taska di Kampung Baru Salak Selatan di sini, antara 8 pagi hingga 6 petang, pada 15 Dis lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perada Randai
#kes pengabaian di taska
#pengasuh abai kanak-kanak
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan