PUTRAJAYA: Seorang pembuat mi berusia 65 tahun akan terus menjalani hukuman penjara 14 tahun kerana menyebabkan kematian penjual durian yang enggan menggantikan buah durian tidak elok yang dibelinya pada harga RM34.
Ini susulan keputusan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Lee Swee Seng yang menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang meminda pertuduhan terhadap Ooi Chang Ang daripada membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari memohon mahkamah menghantar semula kes tersebut ke Mahkamah Tinggi supaya Ooi membela diri atas pertuduhan membunuh.
Ooi pada awalnya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Lee berkata tiada sebarang perancangan terlebih dahulu dan ia hanyalah pergaduhan mengejut yang menyebabkan mangsa Ong Ting San, 61, ditikam dengan pisau selepas pertengkaran berlaku apabila mangsa menjual durian tidak elok kepada tertuduh dan enggan menggantikannya.
Beliau berkata mangsa yang enggan menggantikan buah durian itu apabila diminta tertuduh berbuat demikian, melemparkan semula durian itu kepada tertuduh.
"Dalam kemarahannya (tertuduh) dan rasa telah ditipu, pulang ke rumah untuk mengambil pisau dan kembali dan mengejar mangsa," kata Lee yang bersidang bersama Hakim Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.
Beliau berkata kedua-duanya bersenjatakan pisau dan seorang daripada mereka boleh mengatasi yang lain.
Pada akhir kes pendakwaan, Pesuruhjaya Kehakiman Azmi Abdullah meminda pertuduhan membunuh yang dihadapi Ooi kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.
Ooi mengaku bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian Ong di sebuah rumah di Taman Sri Kijang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 4.45 petang dan 5.30 petang 18 Ogos, 2016.
Dia dijatuhi hukuman penjara 14 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 19 Ogos, 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022
Ooi pada awalnya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Penjual durian rugi RM252,600 terpedaya tawaran kerja dalam talian
Seorang penjual durian berputih mata selepas kerugian RM252,600 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian, bulan lepas.
Hukuman penjara 14 tahun penjual mi sebabkan kematian penjual durian kekal
Ooi mengaku bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian Ong di sebuah rumah di Taman Sri Kijang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 4.45 petang dan 5.30 petang 18 Ogos, 2016.
Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit
Malah tindakan lelaki ini lebih berani dengan menjual bunga api dan mercun secara terbuka di tepi jalan dekat Taman Nuri, Alor Setar.
Penjual durian Pulau Pinang sedia khidmat penghantaran ke pintu rumah
Penjual durian di Pulau Pinang kini menawarkan perkhidmatan penghantaran buah tersebut hingga ke pintu rumah.
Dua warga emas maut diserang lelaki berparang
Dalam kejadian jam 6 petang tadi, mangsa berusia 60-an dan 70-an maut selepas diserang menggunakan senjata yang sama.