MALAYSIA
Hukuman penjara 30 tahun dua lelaki culik ahli perniagaan wanita kekal
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun terhadap dua bekas ejen hartanah kerana menculik seorang ahli perniagaan wanita pada 2015, yang membabitkan tuntutan tebusan sebanyak RM2 juta. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun terhadap dua bekas ejen hartanah kerana menculik seorang ahli perniagaan wanita pada 2015, yang membabitkan tuntutan tebusan sebanyak RM2 juta.
Panel tiga hakim diketui Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebulat suara menolak rayuan akhir Lew Ngee Chin, 53, dan Chin Yoon Tack @ Chin Yoon Tock, 50, untuk mengetepikan sabitan serta hukuman oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Jan 2024.
"Mahkamah mendapati tiada kekhilafan yang boleh dirayu di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan... terdapat bukti kukuh yang menunjukkan kedua-dua perayu terlibat dalam merancang perbuatan menculik itu... justeru, kami menolak rayuan ini dan mengekalkan sabitan serta hukuman Mahkamah Rayuan," katanya.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Nordin Hassan dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Sementara itu, mahkamah mengekalkan keputusan membebaskan Telaha Sanchis, 44, selepas Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan bahawa pendakwaan menarik balik rayuan terhadap perintah tersebut.
Bagaimanapun pada 22 Jan 2024, Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Tinggi ke atas Lew serta Chin, dan menggantikannya dengan penjara 30 tahun.
Mahkamah sama turut membenarkan rayuan Telaha untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa telah diculik dan dikurung di sebuah rumah kedai di Taman Bukit Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur selama tujuh hari sebelum dibebaskan berhampiran stesen LRT Sentul pada 16 Nov 2015 selepas wang tebusan diletakkan di satu lokasi sepanjang Lebuhraya Baru Lembah Klang arah selatan.
Polis kemudian menahan ketiga-tiga lelaki dan merampas RM700,000.
Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Afifuddin Ahmad Hafifi mewakili Lew serta Chin manakala Telaha tidak diwakili.
-- BERNAMA