MALAYSIA
Hukuman penjara 45 tahun, 24 sebatan lelaki lakukan sumbang mahram terhadap anak tiri kekal
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 45 tahun dan 24 sebatan ke atas seorang penghantar barang kerana melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan tirinya, empat tahun lepas. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 45 tahun dan 24 sebatan ke atas seorang penghantar barang kerana melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan tirinya, empat tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas menolak rayuan lelaki berumur 34 terbabit untuk mengetepikan sabitan serta hukuman Mahkamah Tinggi pada 14 April lepas.
Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Mohamed Zaini berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguam perayu bahawa pertuduhan dalam kes tersebut adalah cacat.
"Kami berpendapat tiada keperluan untuk pertuduhan mengandungi tarikh dan masa yang spesifik kerana ia bukan elemen penting bagi kesalahan dalam pertuduhan di dalam kes ini... adalah memadai untuk tarikh dan masa dinyatakan secara umum seperti dalam kes ini," katanya.
Beliau berkata semasa kejadian, mangsa berumur 11 tahun iaitu seorang kanak-kanak yang masih memerlukan perlindungan daripada ibu dan perayu walaupun dia adalah bapa tiri mangsa.
"Apabila jenayah dilakukan ke atas mangsa oleh seorang yang menjadi tempat perlindungannya, adalah sukar untuk mangsa menzahirkannya kepada sesiapapun... kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh mangsa mengenai kelewatan dalam menzahirkan jenayah dilakukan ke atasnya oleh bapa tiri sendiri.
"Kami telah meneliti rekod rayuan dan mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak... kami dapati sabitan ke atas perayu adalah selamat dan tiada sebab yang mewajarkan kami mengusik dapatan Hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi... kami juga berpendapat hukuman yang dijatuhkan ke atas perayu adalah setimpal," katanya.
Mohamed Zaini juga berkata kesalahan itu adalah menjijikkan dan mahkamah perlu memberi peringatan bukan sahaja kepada perayu malah masyarakat bahawa jenayah seksual terhadap kanak-kanak dipandang serius oleh mahkamah serta mewajarkan hukuman berat.
"Justeru, rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman ditolak... kami arahkan supaya waran komital atau pemenjaraan dikeluarkan terhadap perayu, dan perayu diarahkan menjalani hukuman penjara bermula hari ini," katanya.
Tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas empat pertuduhan merogol mangsa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.
Kesemua kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Kuala Terengganu antara awal Jun dan November 2021.
Pada 29 Feb 2024, Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 45 tahun dan 24 sebatan selepas mendapati lelaki itu bersalah atas kelima-lima pertuduhan.
Sabitan dan hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April lepas.
Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha hadir bagi pihak pendakwaan manakala perayu diwakili peguam Muhammad Wafi Anwar Roslan.
-- BERNAMA