awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hukuman rotan wajar dikembalikan, dulu saya jadi guru sudah ramai anak murid dirotan' - PM

Khalis Khadir
Khalis Khadir
23/10/2025
06:00 MYT
'Hukuman rotan wajar dikembalikan, dulu saya jadi guru sudah ramai anak murid dirotan' - PM
Perdana Menteri mengakui, terdapat pandangan daripada kumpulan hak asasi manusia yang menganggap tindakan rotan termasuk dalam kategori penderaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan, beliau secara peribadi bersetuju supaya dikembalikan semula hukuman rotan di sekolah, namun pelaksanaannya perlu disertai dengan syarat ketat.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan persetujuan peribadi agar hukuman rotan dikembalikan di sekolah, namun pelaksanaannya perlu disertai dengan syarat ketat dan tidak dilakukan di khalayak umum.
  • Beliau mencadangkan hukuman rotan dilakukan di tangan, oleh guru tertentu di bilik disiplin, dengan jumlah maksimum rotan ditetapkan bagi mengelakkan ia menjadi bentuk penderaan.
  • Anwar mengakui wujud pandangan berbeza termasuk daripada kumpulan hak asasi manusia, namun menekankan keperluan libat urus oleh Kementerian Pendidikan sebelum dasar itu dimuktamadkan.

Beliau berkata, ia termasuk memastikan hukuman rotan itu tidak dilakukan di khalayak umum.
"Pandangan peribadi saya, hukuman rotan harus dikembalikan tapi bukan diberi kelonggaran sepenuhnya, mungkin boleh rotan di tangan.
"Saya pernah jadi guru dan saya ingat puluhan anak-anak saya dah rotan, tapi di tangan, tentunya tidak teruk sangat, sehingga nampak seperti penderaan," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer di Dewan Rakyat pada Khamis.
Perdana Menteri turut mengakui, terdapat pandangan daripada kumpulan hak asasi manusia yang menganggap tindakan rotan termasuk dalam kategori penderaan anak-anak.
Katanya, beliau memahami kontroversi itu, namun ramai pendidik dan ibu bapa berpandangan, terdapat keperluan untuk melaksanakannya.
"Kalau dikembalikan hukuman rotan itu, ada syarat-syarat yang ketat dan perlu ditugaskan guru-guru tertentu, dilakukan di bilik khas iaitu bilik disiplin serta ditetapkan berapa jumlah maksimum rotan.
"Ada beberapa peraturan, jadi saya fikir, ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang kerana kenakalan anak-anak adalah satu perkara biasa, namun jika melanggar peraturan secara berlebihan, tentunya perlu ada hukuman. Cuma ini sekadar pandangan dan bukan dasar kerajaan," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) harus mempertimbangkan perkara berkenaan dengan mengadakan libat urus bersama pelbagai pihak sebelum ia dimuktamadkan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#KPM
#hukuman rotan
#hak asasi manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan