Skip to main content

Malaysia

Hutan tujuh ekar berdekatan IPD Sepang dijilat api

KEBAKARAN HUTAN SEPANG_Astro AWANI
Satu kebakaran hutan seluas tujuh ekar dilaporkan berlaku di kawasan berbukit berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang awal pagi, pada Isnin.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Satu kebakaran hutan seluas tujuh ekar dilaporkan berlaku di kawasan berbukit berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang awal pagi, pada Isnin.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Asrul Riezal Asbar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.28 pagi melibatkan kawasan dari Nilai menghala ke Bandar Baru Salak Tinggi, sebelum IPD Sepang.

"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA tiba di lokasi kejadian pada jam 1.48 pagi, kira-kira 20 minit selepas panggilan diterima.

"Kebakaran melibatkan kawasan hutan berbukit yang terletak bersebelahan IPD Sepang dengan anggaran keluasan terbakar sekitar tujuh ekar.

"Operasi pemadaman sedang dijalankan bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata, operasi berkenaan membabitkan seramai 14 anggota daripada BBP KLIA dengan bantuan BBP Sepang.

"Sebanyak tiga jentera digunakan dalam operasi itu, iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah lori tangki air.

"Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan operasi masih diteruskan," ujarnya.

Must Watch Video

Advertisement