awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutang 1MDB: Najib diminta beri penjelasan berhubung kenyataan dikata mengelirukan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
07/03/2022
09:33 MYT
Hutang 1MDB: Najib diminta beri penjelasan berhubung kenyataan dikata mengelirukan Dewan Rakyat
Azhar berkata beliau telah menulis surat kepada Najib bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu dan meminta bekas perdana menteri itu memberi kenyataan. - Gambar/ Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diminta memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat pada Rabu ini berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pekan itu ketika perbahasan minggu lepas yang dikata mengelirukan dewan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata beliau telah menulis surat kepada Najib bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu dan meminta bekas perdana menteri itu memberi kenyataan.
"Saya telah menulis kepada YB (Yang Berhormat) Pekan untuk minta penjelasan, serta YB Menteri Kewangan tentang apa yang beliau katakan tempoh hari dan saya sedang menunggu jawapan.
"Saya meminta beliau (Najib) beri penjelasan hari Rabu ini, tapi saya tak tahulah beliau dapat (atau tidak) beri penjelasan hari itu, saya tidak tahu," katanya.
Azhar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan RSN Rayer (DAP-Jelutong) yang bangun pada sesi perbahasan Titah Diraja persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini untuk meminta maklum balas mengenai usul Tony Pua (PH-Damansara) yang mahu Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Pua menghantar usul itu berikutan ucapan Najib dalam Dewan Rakyat pada 2 Mac dikatakan mengandungi kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dewan berkaitan isu hutang 1MDB dan boleh disifat sebagai menghina majlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Hutang 1MDB
#kenyataan kelirukan dewan
#Azhar Azizan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan