DREBAR
Hyundai-Sime Darby buka peluang untuk anda ke WRC Sepanyol!
Penyertaan kali kedua Hyundai di dalam kejohanan rali WRC mungkin tidak membawa banyak erti kepada rakyat Malaysia – dan model i20 yang digunakan untuk berlumba juga tidak dijual di Malaysia – tetapi itu tidak bermakna anda tidak berpeluang untuk menghargainya.
Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) sedang menganjurkan sebuah pertandingan yang akan membawa tiga pemenang ke Sepanyol untuk melihat sendiri pusingan ke-12 WRC di bukit-bukit sekitar Tarragona. Perlumbaan ini akan berlangsung daripada 22 Oktober sehingga 25 Oktober 2015.
Anda dah mula berminat? Cara penyertaan mudah sahaja – bawa kenderaan Hyundai anda untuk penyelenggaraan biasa di mana-mana pusat servis Hyundai yang sah daripada 1 Julai sehingga 15 Ogos ini. Kemudian berbelanja paling minima sebanyak RM500 untuk menyertai cabutan bertuah di mana anda berpeluang untuk mendapat hadiah utama yang menarik ini.
Selain daripada hadiah lawatan berkunjung ke WRC pusingan Sepanyol, setiap pelanggan yang menghantar kereta Hyundai mereka untuk servis ketika kempen pertandingan ini berlangsung akan diberikan diskaun 20% untuk alat ganti terpilih; diskaun 10% bagi kos tenaga kerja, pemeriksaan 20-poin percuma dan payung edisi terhad Hyundai bagi mereka yang berbelanja sebanyak RM250 di dalam sekeping resit.
Jadi, pemilik-pemilik Hyundai… apa tunggu lagi?