SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kasut miliknya yang didakwa berharga lebih RM5,500 adalah pemberian Sultan Johor dua tahun lalu.
Beliau menjawab satu ciapan oleh pengguna akaun Twitter berkenaan kasut tersebut pada Selasa.
"Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu.
"Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah," katanya dalam laman Twitternya pada Selasa.
Sebelum itu dalam satu ciapan di Twitter, seorang netizen membuat kenyataan berbaur sindiran apabila mengatakan Anwar walaupun telah menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 untuk urusan rasmi, namun beliau dilihat mengenakan kasut jenama mewah yang berharga kira-kira RM5,500.
Pada Ahad, Perdana Menteri memaklumkan beliau menolak menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebaliknya akan menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian.
Anwar berkata, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Nov 30 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kasut miliknya yang didakwa berharga lebih RM5,500 adalah pemberian Sultan Johor dua tahun lalu. - Gambar Twitter ANWAR IBRAHIM

Perhebat usaha penyatuan rakyat selaras konsep Malaysia Madani
Tambah Mohd Na'im, program jamuan itu sendiri merupakan salah satu usaha cara sokongan terhadap konsep Malaysia Madani terutama dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.

Liga M: Kerjasama Astro, RTM bakal bawa keuntungan semua pihak - Safee Sali
Kerjasama Liga Bola Sepak Sepak Malaysia (MFL) dengan dua stesen televisyen selaku penyiar rasmi, Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal melonjakk nilai komersial pertandingan bola sepak.

Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia
Bekas pemimpin tentera itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Dubai setelah lama menerima rawatan.

AS-China | Belon pengintip ditembak jatuh, lapangan terbang ditutup
Tiga lapangan terbang di utara dan Selatan Carolina, Amerika Syarikat ditutup kira-kira dua jam pada Sabtu. Langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada tentera Amerika Syarikat menembak jatuh belon milik China, disyaki digunakan untuk tujuan pengintipan.

Suara Rakyat | Struktur retak, pasar Karamunting perlu segera dipindah
Keretakan pasar Karamunting, tanah merah semakin hari semakin teruk. Jika dibiarkan, bimbang ada nyawa yang akan jadi korban. Sebelum nasi menjadi bubur suara rakyat menggesa agar lokasi pasar usang ini dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Had waktu main bunga api, hanya pada musim perayaan - Lee Lam Thye
Garis panduan yang dilaksanakan juga perlu seiring dengan pemerkasaan penguatkuasaan.

Online Scam | DPDM sambut baik kerjasama Malaysia Singapura tangani isu
Hala tuju kerjasama Malaysia Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian bakal menjadi pemangkin merancakkan lagi sektor perniagaan digital di negara ini. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu ini.

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

'Ia pemberian Tuanku Sultan Johor' - PM
Anwar jawab kenyataan sindiran netizen berhubung kasut jenama mewah yang dipakainya.