ROBERTO Bautista Agut melabelkan pendekatan kuarantin pemain menjelang Kejohanan Tenis Terbuka Australia sebagai sesuatu yang "amat buruk" sambil menyamakannya dengan penjara.
Selepas dikhuatiri terdedah kepada koronavirus dalam pesawat sewaktu menuju ke Australia, 72 pemain kini dikuarantin di hotel selama dua minggu menjelang pembukaan kejohanan itu pada 8 Februari ini.
Ramai pemain tidak bersetuju dengan ketetapan itu tetapi pengarah kejohanan berkenaan, Craig Tiley, menegaskan bahawa kebanyakan pemain gembira untuk berada di Australia.
Namun, pemain nombor 13 dunia, Bautista Agut, menyelar ketetapan itu, yang dikenakan terhadap dirinya dan pemain lain.
Ditanya adakah dia kelihatan seperti berada di dalam penjara, pemain berbangsa Sepanyol itu berkata kepada Sport5: "Ia sama, Ia memang sama, cuma ada Wi-Fi.
"Mereka ini langsung tidak faham mengenai tenis, tentang berlatih di gelanggang, mereka tidak tahu apa-apa, jadi ia amat buruk disebabkan itu, disebabkan mereka mengawal segala-galanya.
"Mereka bukan dari Tennis Australia, mereka orang daripada kerajaan," katanya.
Kawasan Victoria merekodkan hari ke-13 tanpa sebarang jangkitan tempatan koronavirus hari ini dengan tiga daripada empat kes yang sedang dikuarantin di hotel adalah berkaitan dengan Terbuka Australia.
Bagi Bautista Agut, yang mara ke suku akhir kejohanan di Melbourne Park itu pada 2019, tempoh kuarantin selama dua minggu itu akan menjadi sesuatu yang amat sukar.
"Saya pernah melakukan kerja di dalam bilik tetapi ia tidak sama.
"Saya berasa amat-amat sempit dan tidak dapat bayangkan bagaimana untuk duduk selama dua minggu seperti ini.
"Ia amat-amat sukar," katanya lagi.
- StadiumAstro.com
Astro Arena
Tue Jan 19 2021
Bagi Bautista Agut, yang mara ke suku akhir kejohanan di Melbourne Park itu pada 2019, tempoh kuarantin selama dua minggu itu akan menjadi sesuatu yang amat sukar. - Instagram@robertobautistaagut
[TERKINI] BOJ tamatkan dasar kadar negatif, kawalan lengkungan hasil
Bank Pusat Jepun (BOJ) memutuskan untuk menamatkan Dasar Kadar Negatif (NIRP) dan Kawalan Lengkungan Hasil (YCC) pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini berikutan sentimen berhati-hati walaupun terdapat pengumpulan saham mewah yang berterusan.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu kesan musim panas ke atas tanaman padi, serta isu pelanggaran hak pekerja antara isu dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.
Laporan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah.
Laporan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah.
BOJ tamatkan dasar kadar negatif, kawalan lengkungan hasil
Syarikat-syarikat besar Jepun setuju naikkan gaji sebanyak 5.28 peratus pada 2024 dan ia dilihat boleh meningkatkan lagi kadar inflasi.
Pindaan RUU AUKU dibentang di dewan negara bulan depan - KPT
Rang Undang-undang (RUU) Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 dijangka dibentangkan untuk kelulusan Dewan Negara pada April ini, susulan Dewan Rakyat telah meluluskan RUU berkenaan pada Isnin, 18 Mac.
Kemana hala tuju pendidikan kalau asyik ditukar? - Pakar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meletakkan garis masa keberkesanan sesebuah insiatif pendidikan, sebelum ditukar-tukar bagi memastikan, insiatif berkenaan boleh dinilai, dan dikaji oleh para pendidik, dan penyelidik sama ada ia boleh diteruskan ataupun tidak.
Klopp hilang sabar dengan wartawan susulan tewas kepada Manchester United
Jurgen Klopp berang dengan 'soalan bodoh' wartawan selepas Liverpool tewas dalam aksi suku akhir Piala FA kepada Manchester United.
Video aneka juadah dikongsi pempengaruh tarik minat netizen memasak
Baru seminggu umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa, nampaknya ramai yang sudah mula "pening" terutama para ibu apabila memikirkan menu masakan untuk dihidangkan ketika berbuka dan sahur.
Ke mana hala tuju pendidikan negara kalau asyik ditukar-tukar? - Pakar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meletakkan garis masa keberkesanan sesebuah insiatif pendidikan.
KSM akan kuat kuasa Akta Kerja 1955 sepenuhnya, tiada kompromi
Tegas Menteri Sumber Manusia itu, negara ini ada raja dan undang-undang, tak kira siapa syarikat swasta, kerajaan, negeri mana, dan parti politik mana semua kena ikut undang-undang.
Djokovic tewaskan Federer, pertahan kejuaraan Wimbledon
Novak Djokovic berjaya mempertahankan kejuaraan tenis Wimbledon yang disandangnya selepas menewaskan Roger Federer di aksi final pada Ahad.