MALAYSIA
Ibadah haji simbol penyatuan umat Islam - Mohd Na’im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar ketika menyampaikan khutbah Arafah pada Hari Wukuf pada Khamis. - Foto FB Tabung Haji
ARAFAH: Ibadah haji bukan sekadar rukun Islam kelima, tetapi satu lambang agung penyatuan umat Islam dari segenap pelosok dunia.
Ringkasan AI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar ketika menyampaikan khutbah Arafah pada Hari Wukuf hari ini berkata, ibadah haji adalah manifestasi maqasid sosial Islam – menyatukan hati umat Muhammad SAW agar tidak terus lemah, terpinggir dan kehilangan arah.
“Lihatlah bagaimana jutaan manusia berhimpun di satu tempat, menghadap satu kiblat, menyebut satu nama iaitu Allah SWT. Tiada pangkat, tiada kasta, tiada kemegahan dunia. Yang tinggal hanyalah dua helai kain putih dan hati yang tunduk kepada Ilahi,” katanya.
Beliau berkata dengan hanya memakai dua kain putih, ibadat haji mengajar erti menginsafi kekurangan dan kelemahan diri selain lambang kesamarataan di hadapan Allah SWT.
Dalam pada itu Mohd Na'im berkata, Islam menolak diskriminasi dan menegakkan keadilan sejati – menilai manusia bukan atas rupa atau harta, tetapi berdasarkan takwa dan amal soleh.
Katanya, perpecahan umat Islam hari ini berpunca daripada fahaman sempit, kepentingan diri dan pudarnya semangat ukhuwah, justeru semangat haji perlu dijadikan medan menyuburkan kembali kasih sayang, saling hormat dan persaudaraan.
“Tanpa penyatuan, tamadun akan runtuh. Dengan kesatuan, umat akan bangkit,” katanya.
Setelah selesai Khutbah Arafah, jemaah haji melaksanakan solat jamak takdim Zuhur dan Asar secara tamam dan disusuli talbiah dan zikir.
Dalam khutbah bertemakan Seruan Tauhid dan Kesatuan Umat, beliau turut menyeru para jemaah untuk menghayati empat nilai utama sepanjang ibadah haji – menjaga keselamatan diri dan keluarga, menunaikan hak sesama manusia, memelihara kebersihan serta memperbanyakkan istighfar sebagai titik mula perubahan ke arah fitrah.
Ringkasan AI
- Ibadah haji sebagai penyatuan umat: Khutbah menekankan bahawa haji bukan sekadar rukun Islam kelima, tetapi manifestasi maqasid sosial Islam, menyatukan hati umat Muhammad SAW agar tidak lemah dan terpinggir.
- Kesamarataan dan keadilan dalam Islam: Dengan hanya memakai dua helai kain putih, ibadah haji mengajar umat Islam untuk menginsafi kekurangan diri, menolak diskriminasi, dan menilai manusia berdasarkan takwa dan amal soleh.
- Seruan kepada ukhuwah dan kesatuan: Mohd Naim menyeru umat Islam agar menjadikan semangat haji sebagai medan menyuburkan kasih sayang, saling hormat dan persaudaraan, kerana tanpa penyatuan, tamadun akan runtuh.