awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ibarat cacing kepanasan', ratusan 'mat motor' terkepung dalam Ops Tutup

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2017
02:53 MYT
'Ibarat cacing kepanasan', ratusan 'mat motor' terkepung dalam Ops Tutup
Sejum;ah 391 saman dikeluarkan dalam Ops Tutup secara besar besaran membabitkan motosikal malam tadi. - Gambar hiasan
"Bagai cacing kepanasan." Itu antara situasi yang digambarkan apabila lebih seribu 'mat motor' diperiksa menerusi satu operasi di Jalan Raja Laut menghala ke Jalan Sultan Ismail di sini malam tadi.
Susulan itu, 391 saman dikeluarkan dalam Ops Tutup secara besar besaran membabitkan motosikal.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Nadzri Hussain berkata, antara kesalahan yang banyak dilakukan adalah tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh dan tiada nombor pendaftaran.
"Daripada jumlah itu, cukai jalan telah tamat tempoh dikesan menjadi kesalahan tertinggi dengan 66 saman dikeluarkan diikuti kesalahan tiada lesen memandu dengan 58 saman.
Dalam operasi ini, seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes kecurian motosikal di Sentul turut ditahan.
Suspek diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Inu Pejabat Polis Daerah IPD Sentul untuk tindakan lanjut.
Operasi yang bermula kira-kira 9 malam ini turut menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih dua kilometer di laluan berkenaan berikutan semua penunggang dan pembonceng motosikal diarahkan berkumpul di lokasi terbabit untuk pemeriksaan.
Beberapa penunggang motosikal juga bertindak melarikan diri termasuk menunggang menongkah arus.
Namun tindakan itu gagal apabila berjaya ditahan oleh polis.
Topic Berkaitan
#Jalan Raja Laut
#Kuala Lumpur
#mat motor
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan