awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, anak lelaki maut disyaki akibat keracunan makanan

Bernama
Bernama
13/08/2025
13:50 MYT
Ibu, anak lelaki maut disyaki akibat keracunan makanan
Polis menerima laporan berkaitan keracunan makanan itu daripada seorang wanita berusia 24 tahun, yang merupakan anak saudara mangsa, 10.30 pagi semalam. - IPD Tawau
TAWAU: Seorang wanita dan anak lelakinya meninggal dunia semalam disyaki akibat keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah kampung di sini, pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata polis menerima laporan berkaitan keracunan makanan itu daripada seorang wanita berusia 24 tahun, yang merupakan anak saudara mangsa, 10.30 pagi semalam.
"Pengadu memaklumkan ibu saudaranya berusia 36 tahun dan anak sulung berusia sembilan tahun dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di kampung itu.
"Selain itu, berdasarkan keterangan suami mangsa, isterinya turut membawa pulang makanan dari kenduri itu dan suami mangsa turut mengalami cirit-birit dan muntah sejak pagi Ahad hingga petang Isnin selepas memakan makanan terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan keracunan makanan itu, manakala pasukan forensik polis turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bedah siasat terhadap kedua-dua mayat selesai dijalankan pada kira-kira 6.30 petang semalam dan didapati tiada kesan kecederaan pada mayat," katanya.
Champin berkata pihaknya juga sedang mendapatkan keterangan saksi lain yang turut menghadiri majlis kenduri itu bagi mengenal pasti sama ada mereka juga mengalami simptom sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#ibu dan anak maut
#kenduri kahwin
#Tawau
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan