Mahkamah sivil boleh berlaku adil dalam memutuskan pertikaian membabitkan hak penjagaan anak antara ibu bapa yang beragama Islam dan bukan Islam dengan meletak beberapa syarat, jika membuat keputusan yang memihak kepada pihak bukan Islam, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.
Beliau berkata syarat itu termasuk tidak membiarkan kanak-kanak beragama Islam makan makanan yang tidak halal, atau cuba menukar agama mereka.
"Saya percaya kedua-dua ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam boleh berkongsi hak penjagaan anak yang beragama Islam," katanya dalam sidang akhbar di Wisma Bernama pada Selasa.
Mohd Noor berkata seorang ibu bapa bukan Islam yang mendapati bekas suami atau isteri memeluk agama Islam dan bertindak menukar agama anak mereka tanpa pengetahuan beliau, hendaklah membawa perkara itu atau mencabarnya di mahkamah sivil.
"Sebagai contoh, apabila seorang bapa memeluk agama Islam dan membawa (menukar) anaknya ke dalam agama itu, si isteri tidak boleh ke mahkamah syariah untuk menuntut keadilan sebaliknya beliau perlu mengemukakan permohonan di mahkamah sivil.
"Mahkamah sivil pula perlu memanggil kedua-dua ibu bapa bukan Islam dan beragama Islam serta mendengar hujah mereka sebelum membuat keputusan tanpa mengganggu sebarang perintah yang dibuat mahkamah syariah," katanya.
Mohd Noor juga berkata dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, Islam perlu menunjukkan teladan yang baik.
Beliau berkata tidak salah memberi hak penjagaan anak kepada seorang bapa beragama Islam namun mahkamah perlu mendengar isi hati ibu yang bukan Islam.
Katanya, sehubungan itu, mahkamah syariah perlu diantarabangsakan bagi membolehkan ia mendengar rungutan ibu bapa bukan Islam.
Bagaimanapun, Mohd Noor berkata langkah itu akan menyaksikan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bernama
Wed Apr 16 2014
Gambar hiasan
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Ibu bapa bukan Islam boleh dapat hak jagaan anak beragama Islam - Bekas hakim
Dengan syarat tidak membiarkan kanak-kanak beragama Islam makan makanan yang tidak halal, atau cuba menukar agama mereka.