awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy

Sinar Harian
Sinar Harian
02/01/2023
20:30 MYT
Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tindakan boleh dikenakan sekiranya terdapat unsur sedemikian berdasarkan laporan penuh polis. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tindakan boleh dikenakan sekiranya terdapat unsur sedemikian berdasarkan laporan penuh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saya ingin menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menjaga, mengawasi dan tidak mengabaikan anak-anak.
"Jiran tetangga serta komuniti setempat juga perlu melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan serta diabaikan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, dua beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanguit Gombak pada Isnin.
Dalam kejadian itu, mangsa Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, ditemukan rentung dalam kejadian itu.
Dalam pada itu Nancy memaklumkan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyalurkan bantuan awal barangan keperluan bencana selain sedang mengenal pasti bantuan bersesuaian untuk diberi kepada mangsa terlibat.
Selain itu beliau turut memaklumkan, pusat pemindahan sementara juga telah dibuka di Balai Raya Kampung Simpang 3, Gombak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dua beradik rentung
#Gombak
#Nancy Shukri
#Akta Kanak-kanak 2001
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan