KOTA MARUDU: Ibu bapa, khususnya di Sabah, boleh memainkan peranan mereka dalam memelihara bahasa Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) dengan berkomunikasi menggunakan bahasa itu lebih kerap di rumah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata penguasaan bahasa KDMR dilihat semakin lemah, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
"Justeru, adalah penting buat ibu bapa mula menggunakan bahasa itu di rumah... Mainkan peranan anda dan ajar anak-anak anda, bercakap dengan mereka menggunakan bahasa ibunda kita. Jika tidak, bahasa KDMR ini akan pupus," katanya ketika merasmikan Galeri Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Tandek di sini hari ini.
Selain itu, Ongkili yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah berkata KDCA Kota Marudu mengambil inisiatif menawarkan kelas KDMR di bangunan mereka di daerah ini tidak lama lagi.
"Tujuannya ialah untuk mengajar anak-anak kita meneroka dan menguasai bahasa KDMR menerusi pendidikan formal. Modul kami akan dimulakan dengan Dusun Liwan-Tangara, diikuti bahasa Dusun lain seperti Tobilung, Kimaragang dan Rungus," kata Ahli Parlimen Kota Marudu itu.
Sementara itu, Ongkili berkata Galeri KDCA Tandek turut menawarkan peluang perniagaan kepada ahlinya di sini.
"Lot kedai enam pintu itu bukan hanya memaparkan aspek tradisional dan kebudayaan KDMR tetapi menawarkan ahlinya peluang untuk berniaga," katanya dan menambah pemilihan penyewa akan dibuat berdasarkan undian lot.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Maximus Ongkili berkata penguasaan bahasa KDMR dilihat semakin lemah, terutamanya dalam kalangan generasi muda. -Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah
Datuk Seri Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah, berkuat kuasa hari ini.
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.
PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.
Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda
Parti bercadang untuk melaksanakan program secara penglibatan langsung golongan muda dalam peranan sebagai pemimpin.
PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.
PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu
Wetrom memperolehi undi sebanyak 24,318, sementara Ongkili meraih 16,144 undi dalam saingan enam penjuru.
PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili
Ongkili yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam misi mempertahankan kerusi Kota Marudu bagi penggal ketujuh kali ini atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).