awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa perlu galakkan anak belajar secara dalam talian

Bernama
Bernama
15/04/2020
21:49 MYT
Ibu bapa perlu galakkan anak belajar secara dalam talian
Ibu bapa perlu pastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran masing-masing. - Gambar hiasan
Ibu bapa yang mempunyai kemudahan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit dan internet, diminta untuk menggalakkan anak-anak mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, guru juga berperanan untuk menggunakan medium dalam talian serta media sosial yang sesuai untuk merancang, memberi arahan, tugasan dan kerja rumah kepada setiap pelajar.
"Langkah ini perlu, bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran masing-masing. Walaupun ada sesetengah kawasan tidak mempunyai kemudahan internet, inisiatif perlu dilakukan termasuk menggunakan kemudahan bagi saluran TV Pendidikan, untuk mengikuti pembelajaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kotak makanan seperti beras, gula dan telur, kepada 102 pelajar Sekolah Menengah Muzaffar Shah, Simpang Empat Semanggol dekat sini, pada Rabu.
Razman berkata, hanya 50 peratus sekolah di Perak mempunyai akses internet dan berharap Kementerian Pendidikan mengambil langkah bersesuaian untuk menyelesaikan masalah tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#guru
#pelajar
#pembelajaran atas talian
#pendidikan
#Razman Zakaria
#rumah
#sekolah
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan