Hari pertama pendaftaran bagi pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah berasrama penuh di Gombak, Selangor amat bermakna buat keluarga Che Esah Mohamed.
Dalam kesempitan kehidupan, Che Esah sanggup menaiki bas ekspres dari Pengkalan Kubor, Kelantan mengiringi anak perempuannya ke sekolah berasrama penuh.
Selepas selesai sesi pendaftaran, ibu kepada lima orang anak ini akan pulang ke kampung halaman meninggalkan anaknya dengan sekelumit harapan agar beliau berjaya dalam pendidikan.
Hanya doa dan air mata mengiringi perpisahan dua anak beranak ini.
Ini kisah pahit getir Che Esah, warga golongan B40 dalam mengharungi kesempitan hidup untuk memastikan zuriatnya berjaya dalam akademik dan menjadi insan berguna di masa hadapan.
PENGKALAN KUBOR KE GOMBAK
Astro AWANI berkunjung ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak pada pagi Selasa lalu.
Tinjauan rata-rata mendapati ibu bapa berasa teruja dan gembira apabila anak mereka diberi peluang ke sekolah cemerlang demi melanjutkan pelajaran dan mencapai cita-cita mereka.
Penulis terus mendekati Che Esah, 50 tahun, yang gigih menaiki bas ekspres dari kampungnya ke Gombak minggu lalu.
Beliau dan anaknya memohon simpati menumpang di rumah saudara mereka di Gombak selama beberapa hari sehingga selesai urusan persekolahan anaknya.
Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya?
Walaupun terpaksa meninggalkan pekerjaannya di sebuah kedai makan dengan pendapatan yang kecil, ia tidak mematahkan semangat Che Esah untuk hadir mendaftarkan anaknya, Nurhani Razak.
PENDAPATAN KECIL
Meskipun hanya berpendapatan RM30 sehari dengan menyara lima anaknya, peluang yang diberikan oleh kerajaan terhadap golongan B40 amat bermakna buatnya.
"Rezeki anak-anak. Kalau kita tidak ada, katakan sabar dan minta doa kepada Allah. Biar tenang hati. Rezeki di mana-mana pun boleh... Alhamdulilah anak-anak saya belajar.
"Duit itu, kalau saya pergi kerja, dapat. Memang satu hari saja dah habis. Esoknya saya kena cari lagi. Kalau tidak pergi (kerja), tidak ada (duit). Walaupun sedikit tapi cukup Allah bagi," jelasnya.
Sambil menyeka air mata, Che Esah tersenyum bangga melihat anaknya.
Apabila ditanya tentang yuran persekolahan anaknya, Che Esah spontan berkata, "Makcik tiada duit, yuran yang perlu dibayar melebih RM1,000, tapi makcik dah berkongsi masalah kami dengan cikgu sekolah di sini."
Jelasnya, beliau telah memberitahu kepada guru di sekolah anaknya tentang kesempitan kewangan yang dihadapi keluarganya.
Atas jasa baik pentadbiran sekolah, Che Esah mendedahkan sekolah akan mempertimbangkan sumbangan daripada Skim Projek Khas oleh Kementerian Pendidikan untuk golongan kurang mampu.
MAHU BELI RUMAH UNTUK IBU
Penulis lantas bertanyakan anak Che Esah, apa yang beliau impikan apabila berjaya kelak.
Jelas Nurhani, beliau ingin membelikan ibunya sebuah rumah yang besar sebagai membalas jasa ibunya menyara mereka.
"Saya nak beli rumah. Saya nak ibu saya selesa. Dan saya nak jadi Pensyarah Sains,'' jelas Nurhani.
Ternyata kisah Nurhani ini boleh dijadikan pembakar semangat buat anak-anak golongan B40.
Peluang yang diberikan kerajaan menerusi penyediaan 60 peratus tempat kepada golongan ini perlu digunakan sepenuhnya.
Untuk rekod, seramai 9,530 murid berdaftar di Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara.
Daripada jumlah itu, peningkatan 15.34 peratus pelajar golongan B40 dicatatkan iaitu seramai 4,888 orang.
Fareez Azman
Tue Jan 08 2019
Che Esah dan anaknya gigih menaiki bas ekspres, menjelajah ratusan kilometer dari kampung mereka di Kelantan ke Gombak minggu lalu.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Tiga penjenayah ditembak mati
Setakat ini, identiti tiga individu berkenaan belum dikenal pasti sama ada warga tempatan atau warga asing, kata Supt Ariffin.
40 kawasan di Gombak alami gangguan bekalan air
Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada jam 2 petang ini dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang esok.
Polis siasat video tular dakwa perbuatan kejam tangkap monyet
Polis menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan aktiviti menangkap monyet liar di kawasan pinggir hutan berhampiran taman perumahan di Batu Caves di sini pada Rabu.
Wanita maut kereta terbabas masuk longkang
Seorang wanita maut selepas kereta dipandu terbabas ke dalam longkang di Lebuhraya Karak berhampiran Kampung Sungai Chinchin, di Gombak pada Selasa.
Wanita ditahan muat naik gambar sentuh sensitiviti agama
Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun di Gombak semalam kerana disyaki memuat naik kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di media sosial Facebooknya.
Mayat warga emas berlumuran darah ditemui dalam kereta
Mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai mati dibunuh ditemui dalam sebuah kereta di Jalan Selayang Baru, Batu Caves di Gombak.
Lelaki dikhuatiri lemas, rakan selamat selepas dihanyut arus
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya terselamat di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini petang tadi.
Jalan sesak 8.5km akibat kemalangan lima motosikal berkuasa tinggi
Satu kemalangan membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi berlaku di Kilometer (KM) 26.5 hala barat (Genting Sempah ke Gombak) menyebabkan kesesakan 8.5km dari KM35 sehingga ke lokasi kemalangan.
Pasca PRU15: Amirudin cenderung kekal sebagai MB Selangor
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau lebih cenderung untuk kekal sebagai peneraju kerajaan negeri buat masa sekarang.
PRU15: Amirudin rampas Gombak daripada Azmin
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berjaya merampas kerusi Parlimen Gombak daripada penyandangnya Datuk Seri Azmin Ali.