awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu buang anak sindrom Down, suami tekad terus pelihara anaknya

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2015
06:40 MYT
Ibu buang anak sindrom Down, suami tekad terus pelihara anaknya
Leo Forrest dilahirkan pada 21 Januari lalu di Armenia, negara yang membenarkan ibu bapa memilih untuk terus memelihara anak istimewa atau pun menghantarnya ke rumah penjagaan anak yatim. - Foto GoFundMe
Seorang ibu di Armenia enggan memelihara anaknya yang baru lahir kerana bayi tersebut dilahirkan dengan sindrom Down, menurut laporan ABC News.
Leo Forrest dilahirkan pada 21 Januari lalu di Armenia, negara yang membenarkan ibu bapa memilih untuk terus memelihara anak kurang upaya atau pun menghantarnya ke rumah penjagaan anak yatim.
Keputusan tersebut dibuat tanpa berunding dengan suaminya, Samuel Forrest yang bertekad mahu terus menjaga anaknya itu.
Apabila mengetahui dia mahu memelihara Leo, isterinya telah memfailkan penceraian, menurut Samuel.
Bagaimana seorang ibu sanggup membuang anaknya yang dilahirkan dengan sindrom Down
Bagaimana seorang ibu sanggup membuang anaknya yang dilahirkan dengan sindrom Down
ABC News berjaya menghubungi isteri Samuel yang mengesahkan telah melahirkan bayi tersebut dan memfailkan penceraian namun enggan mengulas lanjut.
Untuk terus memelihara Leo, Samuel telah menjalankan satu kempen bagi mengumpul dana menerusi GoFundMe dengan meletakkan sasaran sebanyak ASD60,000 bagi membawa anaknya ke New Zealand.
Setelah 10 hari dilancarkan, kempen tersebut berjaya melebihi sasarannya dan berjaya mengumpul ASD435,445 setakat berita ini ditulis.
Topic Berkaitan
#Armenia
#Down
#Leo Forrest
#Sindrom Down
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan