awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP bukti komitmen kerajaan perkasa pendidikan - Ramanan
RM100 juta diperuntuk tahun ini bagi perluas rawatan dialisis peritoneal - Dzulkefly
BM, Sejarah wajib untuk pelbagai aliran bukan keputusan muktamad kemasukan ke IPTA - Zambry

Ibu buta merangkak minta bantuan selepas anak meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
06/12/2025
06:45 MYT
Ibu buta merangkak minta bantuan selepas anak meninggal dunia
Pasukan penyelamat membawa keluar mayat dan membantu menyelamatkan warga emas terbabit.
KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita warga emas yang buta terpaksa merangkak keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan selepas beberapa hari tinggal bersama mayat anaknya dalam kejadian di Kampung Telok Sabang di sini pada Jumaat.
Dalam insiden itu, Jariyah Suut, 69, dikatakan berada dalam keadaan amat lemah selepas merangkak sejauh kira-kira 150 meter sebelum ditemui orang awam di tepi jalan besar sekitar jam 6.30 pagi.
Wanita itu dilaporkan terpaksa keluar dari rumah selepas menyedari mayat anak perempuannya telah mereput dan mengeluarkan bau busuk di kediaman mereka yang terletak di kawasan belukar.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin berkata, anak wanita terbabit yang berusia 48 tahun sebelum itu mengadu sakit dada dan sesak nafas pada 30 November lalu.
Katanya, wanita yang buta sepenuhnya itu menyedari anaknya telah meninggal dunia namun tidak berupaya berbuat apa-apa selain berharap ada bantuan tiba, namun tiada sesiapa yang datang ke rumah.
"Bagaimanapun, bau busuk yang semakin kuat pada 4 Disember menyebabkan si ibu tidak lagi mampu bertahan, lalu mengumpulkan seluruh tenaga untuk merangkak keluar dari rumah mereka dengan berpandukan sentuhan di sepanjang laluan denai sempit sejauh kira-kira 150 meter.
"Wanita itu merangkak dalam keadaan lemah dan tanpa penglihatan sehingga akhirnya tiba di tepi jalan besar pada awal pagi keesokan harinya sebelum ditemui orang awam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pasukan polis bersama unit forensik kemudian ke rumah wanita tersebut dan mendapati anaknya telah meninggal dunia lebih lima hari.
"Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan mayat juga telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat.
"Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian sebagai serangan jantung akibat tiga saluran jantung tersumbat sepenuhnya dan kes seterusnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kisah ibu buta
#anak mati dalam rumah
#warga emas buta
#Kota Samarahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.