awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dan anak maut dalam kemalangan babit lima kenderaan di DUKE

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2021
07:02 MYT
Ibu dan anak maut dalam kemalangan babit lima kenderaan di DUKE
Kemalangan tragis itu berlaku kira kira jam 7 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah mereka di Taman Changkat Gombak. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang ibu bersama anaknya maut, manakala seorang penunggang motosikal lagi parah dalam kemalangan yang membabitkan lima kenderaan di Kilometer 2.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dari Taman Greenwood ke Sentul pagi tadi.
Kemalangan tragis itu berlaku kira kira jam 7 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah mereka di Taman Changkat Gombak.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifuddin Mohd Salleh, motosikal yang ditunggangi dua beranak berkenaan dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah kereta jenis Alza di lorong sama.
Motosikal mangsa kemudiannya hilang kawalan sebelum melencong ke lorong paling kanan dan telah melanggar sebuah lagi kereta jenis Persona yang sedang bergerak di lorong paling kanan dan sebuah motosikal.
Akibat kemalangan, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di kepala.
Seorang lagi penunggang motosikal turut parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut manakala tiga pemandu kereta terbabit kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Aiman Bahrain berusia 28 tahun.
Manakala ibunya masih belum dikenalpasti identitinya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil memberi maklumat di Balai Trafik Tun HS Lee atau menghubungi di talian 03-2071-9999.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).
Topic Berkaitan
#Kemalangan Duke
#ibu dan anak maut
#motosikal langgar kereta
#lima kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan