MALAYSIA
Ibu dan anak rai kejayaan 'konvo' bersama
Norshila bersama anaknya, Akmal Hafiz gembira menerima ijazah pada Istiadat Konvokesyen ke-25 UTHM di Dewan Sultan Ibrahim, hari ini. - Gambar/ Bernama
BATU PAHAT: Graduan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Norshila Abu Bakar, 51, bersyukur menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Awam pada Istiadat Konvokesyen ke-25 universiti itu, hari ini.
Lebih istimewa, kegembiraan itu dikongsi bersama anak sulungnya Akmal Hafiz Nurhizal Azam, 25, yang turut meraih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) pada hari yang sama.
Mengimbau perjalanannya untuk mendapatkan ijazah doktor falsafah (PhD), pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah itu berkata dia hampir melupakan hasrat tersebut apabila terpaksa menangguhkan beberapa tugasan dan penyelidikan di makmal selama dua tahun ketika berlakunya pandemik COVID-19.
"Ketika itu saya hanya menghabiskan masa di rumah. Itulah, mungkin ada hikmahnya saya lambat habis untuk PhD ini, hari ini saya dapat berkonvo, menerima sijil dan memakai jubah bersama-sama anak saya ini.
"Bukan sahaja gembira tetapi lebih kepada bersyukur, sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya," katanya kepada Bernama selepas tamat Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen ke-25 UTHM, di Dewan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata semasa dia menerima skrol Ijazah Sarjana Pendidikan 25 tahun lepas juga di UTHM, Akmal turut 'menemaninya' dalam kandungan yang baru mencecah empat bulan.
Bagi Akmal yang memasuki UTHM pada 2021, ibunya itu turut berperanan sebagai guru kerana sering membantu dan menemaninya sepanjang pengajian.
"Saya ini asalnya pelajar aliran sastera tetapi sokongan ibu, tunjuk ajar ibu yang juga berada di UTHM, saya bersemangat untuk terus belajar...kerana ibu sentiasa ada. Malah ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ibu turut membantu saya belajar secara dalam talian," katanya.
Pada istiadat konvokesyen yang bermula hari ini hingga 11 Dis, seramai 4,915 graduan daripada pelbagai peringkat pengajian menerima sijil masing-masing iaitu terdiri daripada 142 penerima PhD, ijazah sarjana (393), ijazah sarjana muda (3,610) dan diploma (770).
Pro-Canselor UTHM Tan Sri Datuk Azmi Rohani menyempurnakan sidang pertama dan kedua pada hari ini dan esok.
Istiadat itu juga menyaksikan Presiden Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) Tan Sri Datuk Soh Thian Lai dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pembangunan industri negara.
-- BERNAMA