KLANG: Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya, masing-masing berusia 12 dan 14 tahun ketika kejadian pada November tahun lepas.
Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Ibu kepada lima orang anak itu turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan telah mengarahkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Sungai Buloh, antara 17 dan 18 Feb 2022.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan dipenjara sehingga 20 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan.
Sementara itu, seorang penarik kereta, Haddad Mohd Radhi, 22, yang merupakan kenalan tertuduh wanita itu, didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun ketika kejadian di hotel dan tarikh sama mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu, selepas prosiding, wanita itu dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika ibunya di galeri awam datang menghampirinya di kandang tertuduh.
Hakim Syafeera Mohd Said tidak menawarkan sebarang jaminan kepada wanita itu manakala Haddad dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada 1 hari bulan setiap bulan dan dilarang mendekati mangsa.
Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 26 Jun untuk tertuduh wanita dan 14 Jun bagi Haddad.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Mohamad dan Nur Ayuni Jamri manakala Haddad diwakili peguam Mohd Azali Ibrahim dan ibu tersebut tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. -Gambar hiasan
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat
Pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta diperintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi.
Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
Amang seksual: “Saya hanya lakukan demonstrasi” - Tertuduh
Seorang bekas banduan didakwa melakukan amang seksual dengan menunjukkan video lucah kepada adik perempuannya.
Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak 11 tahun
Bapa pada seorang anak itu didakwa menyentuh bahagian dada, perut dan alat sulit mangsa 10 Mac lalu.
Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan ke atas seorang kelindan lori atas tuduhan lakukan amang seksual dan merogol.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Doktor didakwa hasilkan pornografi, amang seksual terhadap pesakit kanak-kanak
Tertuduh memohon untuk dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan hakim.
Kes Spanco: SPRM rakam kenyataan bekas Menteri Kewangan
Kenyataan bekas Menteri Kewangan membabitkan kes kontrak perolehan syarikat Spanco telah diambil oleh SPRM.
Penganggur cium pipi anak jiran, dipenjara empat tahun, satu sebatan
Tindakan seorang penganggur mencium pipi kanak-kanak perempuan lapan tahun bagi tujuan seksual, mengundang padah.