MALAYSIA
Ibu enam anak teresak-esak, mengaku cuai sebabkan kematian bayi sendiri
Dewinta Tefa dijatuhi hukuman denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian anak bongsunya yang berusia dua bulan. - Foto Astro AWANI
PARIT: Seorang ibu kepada enam anak dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian anak bongsunya yang berusia dua bulan, Khamis lalu.
Ringkasan AI
Tertuduh, Dewinta Tefa, 36, juga berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Hukuman itu diputuskan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.
Terdahulu, tertuduh dilihat sebak dan menangis teresak-esak di kandang pesalah sebaik sahaja ditunjukkan gambar bayi lelakinya dan tempat kejadian.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan cuai menyebabkan kematian Arkan Andre Soveral Asit di sebuah rumah di Jalan Sungai Jejawi, Kampung Sungai Dua, Kota Setia dalam daerah Perak Tengah pada pukul 5.30 pagi, 18 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Ameerul Nazhif Wan Zulfikri memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kecuaian wanita itu yang menyebabkan kematian anaknya.
Bagaimanapun, peguam bela, Nurul Syuhada Mohd. Yusof memberitahu mahkamah bahawa tertuduh mempunyai enam anak dengan empat daripada mereka menetap di Indonesia manakala anak kelima dan bongsu yang merupakan mangsa tinggal bersamanya dan suami di Malaysia.
Katanya, tertuduh yang berada di negara ini sejak 2022 merupakan seorang suri rumah dan ditanggung suaminya yang berkerja di ladang kelapa sawit dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,500.
Menurutnya lagi, tertuduh tidak pernah terlibat dengan jenayah dan memohon mahkamah mengenakan hukuman denda yang paling minimum ke atasnya.
Tertuduh membayar denda berkenaan.
Pada 20 September lalu, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan meninggal dunia selepas dipercayai ditindih ibunya ketika sedang tidur di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua, Kota Setia.
Berdasarkan hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat bayi terbabit di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, punca kematian mangsa disebabkan oleh otak membengkak dan paru-paru sembab yang disebabkan oleh lemas udara.
Ringkasan AI
- Seorang ibu enam anak didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah cuai sehingga menyebabkan kematian bayi lelakinya berusia dua bulan di Perak Tengah pada 18 September.
- Tertuduh, Dewinta Tefa, 36, berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal bayar denda, namun berjaya melunaskan bayaran; kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
- Bayi dipercayai meninggal dunia akibat ditindih ibunya ketika tidur, dengan bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat otak membengkak dan paru-paru sembab kerana lemas udara.