awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Eric tangisi kehilangan anak di jeti Muara Tebas

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2022
09:42 MYT
Ibu Eric tangisi kehilangan anak di jeti Muara Tebas
Dynasty Chang Ka Hui tidak dapat menahan air matanya ketika berada di lokasi pencarian anaknya Eric Chang Wei yang dipercayai dibuang di lokasi berkenaan. - Astro AWANI
KUCHING: Ibu kandung Eric Chang Wei, kanak kanak empat tahun yang dipercayai dibunuh tidak mampu menahan kesedihannya selepas melawat jeti Kampung Muara Tebas, lokasi mayat anak sulungnya itu dipercayai dibuang suspek.
Dynasty Chang Ka Hui, 25, tiba pada jam 3.45 petang tadi ditemani suami dan saudaranya bagi melihat sendiri proses pencarian yang dilakukan oleh pasukan agensi keselamatan yang terlibat.
Dia yang mengandung tujuh bulan hanya berada di jeti berkenaan selama 15 minit sebelum pulang ke kediamannya di Bintawa di sini.
Hari kedua operasi mencari mayat mangsa melibatkan 20 anggota penyelamat daripada pasukan Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Berdasarkan maklumat di Pusat Operasi Muara Tebas, operasi diperluaskan dua hingga tiga batu nautika daripada muara sungai kampung berkenaan ke arah laut.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata pihaknya telah mengklasifikasikan kehilangan kanak-kanak berkenaan sebagai kes bunuh.
“Berdasarkan siasatan terkini, polis mengklasifikasikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Eric Chang Wei
#kanak-kanan dibunuh
#Jeti Kampung Muara Tebas
#ahsmon bajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan