Ibu Fadillah Yusof meninggal dunia

Azizah Alwi
Januari 13, 2021 12:25 MYT
Allahyarham (gambar) meninggalkan 14 anak dengan Fadillah merupakan anak kesembilan. - Gambar fail
KUCHING: Ibu kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Dayang Rosnah Abang Madeli, 90, meninggal dunia petang Rabu.
Allahyarham disahkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petra Jaya, di sini.
Menurut Setiausaha Akhbarnya, Misiah Taib, Fadillah mendapat perkhabaran ibunya tenat ketika berada di ibu negara sebelum bergegas pulang ke Kuching.
Katanya, Allahyarham meninggalkan 14 anak dengan Fadillah merupakan anak kesembilan.
Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada pukul 10 pagi esok (Khamis).
#Fadillah Yusof #meninggal dunia #jenazah #Kuching #ibu Fadillah Yusof meninggal #Menteri Kanan Kerja Raya