awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
PSG, Miami, Palmeiras, Botafogo layak ke pusingan 16 Piala Dunia Kelab
DUNIA
'Jangan gugurkan bom!' - Trump beri amaran agar Israel hentikan serangan
DUNIA
Operasi penerbangan disambung semula di Qatar, Bahrain dan Kuwait
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Ibu kandung, bapa tiri kanak-kanak OKU mati didera direman

Sinar Harian
Sinar Harian
24/06/2025
06:30 MYT
Sponsor Banner
Ibu kandung, bapa tiri kanak-kanak OKU mati didera direman
Ibu kandung dan bapa tiri direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Ibu kandung dan bapa tiri dipercayai mendera anak perempuan mereka berusia sembilan tahun dan merupakan orang kurang upaya (OKU) cacat fizikal hingga maut direman tujuh hari di Mahkamah Majistret, di sini, pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Ibu kandung dan bapa tiri direman tujuh hari bagi siasatan kes penderaan yang menyebabkan kematian anak perempuan OKU berusia sembilan tahun di Arau.
  • Mangsa mengalami kecederaan serius termasuk patah kaki dan lebam, dipercayai akibat didera sebelum meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital swasta.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan pasangan tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman.

Perintah reman terhadap pasangan berusia 36 dan 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, pasangan suami isteri yang baharu empat tahun mendirikan rumah tangga itu dan memakai baju lokap jingga tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan polis sebelum dibawa keluar dari Mahkamah sejam kemudian.
Dipercayai mangsa merupakan OKU yang tidak boleh berjalan dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik termasuk mempunyai seorang adik tiri berusia tiga tahun hasil perkahwinan baharu wanita itu bersama lelaki terbabit.
Wanita berusia 36 tahun dan lelaki berusia 38 tahun selepas dibawa keluar dari Mahkamah Majistret untuk permohonan reman.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera oleh bapa tiri.
Menurut sumber, insiden yang menimpa kanak-kanak malang itu terbongkar selepas polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta sekitar jam 9.45 pagi.
“Difahamkan pihak hospital memaklumkan terdapat kesan yang disyaki akibat dera selepas mangsa dihantar oleh bapa tirinya untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan berkenaan.
“Lebih menyedihkan, pemeriksaan mendapati mangsa mengalami patah kaki serta kesan lebam di kepala dan badan,” katanya.
Tambahnya, mangsa yang berada dalam keadaan parah dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pasangan suami isteri direman
#dera anak OKU
#kanak-kanak maut
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami