JOHOR BAHRU: Seorang wanita dan kekasihnya direman seminggu selepas disyaki mendera hingga menyebabkan kematian anak kandung lelakinya yang berusia lima tahun di sebuah rumah di Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri, Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata wanita berusia 35 tahun dan lelaki berusia 32 tahun itu direman bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Sehingga kini tangkapan kes ini hanya melibatkan dua individu. Mayat mangsa (kanak-kanak lelaki) masih belum dituntut dan berada di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA).
"Sebelum ini ibu mangsa merupakan seorang tukang cuci, pernah berkahwin banyak kali namun tidak mendaftarkan perkahwinannya dan mempunyai lapan anak," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan kekasihnya selepas polis menerima panggilan daripada petugas HSA mengenai kejadian itu pada pukul 12.20 tengah hari, Jumaat lepas.
Sementara itu, Ayob Khan berkata pemeriksaan terhadap mayat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan tidak diketahui jantina yang ditemukan dalam keadaan reput di tebing sungai di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur di sini, semalam, tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
Beliau berkata sehingga kini pihaknya masih menunggu laporan lengkap bedah siasat daripada pihak hospital.
"Mayat yang kita jumpa ini tidak sempurna, ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Kita masih tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya. Setakat ini tiada elemen jenayah ditemukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata wanita berusia 35 tahun dan lelaki berusia 32 tahun itu direman bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.

PGA9 rampas rokok seludup bernilai RM3.2 juta dalam rumah kedai
Kesemua rokok seludup ini dipercayai untuk pasaran dalam dan luar Kelantan.

Ibu kandung, kekasih disyaki dera anak hingga maut direman seminggu
Wanita berusia 35 tahun dan lelaki berusia 32 tahun itu direman bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.