Ibu, keluarga, rindukan Shah Firdaus

Astro Arena
Ogos 14, 2021 02:56 MYT
Dalam Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini, Muhammad Shah Firdaus gagal layak ke separuh akhir acara keirin selepas menduduki tempat terakhir saringan kedua suku akhir. - Gambar fail/Astro ARENA
IBU kepada pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, dilaporkan mengalami masalah kesihatan selepas mengetahui anaknya berada di Malaysia sejak Isnin lalu.
Mereka terpisah sejak 2019 sehingga pelumba kelahiran Muar, Johor itu kini dalam dilema untuk menyertai Kejohanan Dunia di Perancis, Oktober depan.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, kakak kepada pelumba negara itu, Noreen Nor Amira Sahrom, berkata: "Sekarang ini, dia tahu Shah sudah berada di Malaysia, jadi dia ada perasaan yang sangat hendak berjumpa dengan anaknya.
"Kami ada dua ahli keluarga dalam sukan berbasikal, Shah dan adiknya, Boy (Ridwan Sahrom), dan dia sudah lama tidak berjumpa kedua-dua mereka.
"Sebagai ibu, nasihat kami didengarinya tetapi dia tetap menangis dan Shah juga risau (dengan keadaannya).
"Saya agak risau juga kerana dia (ibu) terus bertanya. Jika Shah menghubunginya, dia juga akan bertanya: 'tak ada rasa nak balik ke?
"Kita takut juga jika apa-apa berlaku. Kalau Shah diberikan kesempatan untuk balik, saya agak sedih juga kerana sudah lama tidak berjumpa dengannya," katanya.
BACA: Shah Firdaus dalam dilema sertai Kejohanan Dunia

Shah Firdaus dalam dilema sertai Kejohanan Dunia | Stadium Astro https://t.co/nfUkdsWQM2

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Shah Firdaus Sahrom #kakak #ibu #keluarga #rindu #pelumba #pelumba basikal #basikal trek