[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Ibu lapor 'Ah Long' kurung anak

Bernama 24/06/2015 | 14:28 MYT
Dalam laporannya, wanita berkenaan memberitahu anaknya telah memintanya mendeposit RM2,000 ke dalam sebuah akaun bank sebagai syarat untuk dia dilepaskan. - Gambar Fail
Seorang ibu melaporkan kepada polis di sini hari ini bahawa anaknya dikurung sekumpulan "Ah Long' di Alor Setar, Kedah.

Ibu berusia 43 tahun itu berkata dia menerima panggilan daripada anak lelakinya yang bekerja di Alor Setar dengan memaklumkan dia dikurung sejak Isnin lalu.

Dalam laporannya, wanita berkenaan memberitahu anaknya telah memintanya mendeposit RM2,000 ke dalam sebuah akaun bank sebagai syarat untuk dia dilepaskan.

Polis sedang menyiasat laporan itu.
#Ah Long #akaun bank #dikurung