KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan seorang guru lelaki sebuah sekolah di Cheras yang mendorong seorang pelajarnya memeluk agama Islam.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, siasatan itu susulan laporan diterima daripada seorang wanita yang juga ibu kepada pelajar terbabit, pada Selasa.
"Laporan tersebut dibuat seorang wanita tempatan pada jam 10.21 pagi yang mendakwa seorang guru lelaki berusia dalam lingkungan 40-an telah mendorong anak lelakinya yang berusia 15 tahun memeluk agama Islam.
"Akibat tidak berpuas hati tindakan guru itu, ibu pelajar tersebut tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Zam Halim, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A dan 505(b) Kanun Keseksaan.
“Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.
“Sehubungan itu, kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini,” jelasnya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, atau Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai yang berdekatan.
Afiezy Azaman
Thu Feb 09 2023

Menurut Zam Halim, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A dan 505(b) Kanun Keseksaan. - Foto fail/BERNAMA

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
KLIA adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu kepada pengunjung luar negara.

Polis cari Sivakumar untuk perbicaraan di mahkamah
Polis sedang mengesan T. Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.

Penjenamaan semula KLIA, KLIA2 tidak libatkan peruntukan kerajaan - Anthony Loke
Kos penjenamaan semula terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada Kementerian Pengangkutan.

PDRM akan panggil semula saksi kes kematian Beng Hock
PDRM telah diminta untuk membuat rakaman percakapan lanjut saksi-saksi penting sebelum mengemukakan semula kertas siasatan tersebut kepada AGC.

Kertas siasatan kes ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Radja selesai
Polis telah mengambil keterangan daripada 14 individu warga tempatan dan tiga warga asing bagi membantu siasatan.

Mafia korporat Malaysia: Polis buka dua kertas siasatan sejak tahun lepas
PDRM telah membuka dua kertas siasatan sejak Mei lepas berhubung dakwaan kes salah laku dan penyelewengan kewangan seperti yang dilaporkan dalam sebuah artikel.

Polis buka kertas siasatan anggota didakwa ganggu isteri orang
Polis juga telah menerima laporan daripada suami wanita terbabit mengenai salah laku anggota berusia 36 tahun yang bertugas di Balai Polis Ayer Keroh itu.

Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang
Kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.

Dakwaan penyelewengan zakat MAINS: SPRM buka semula kertas siasatan
SPRM membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Tipu tawaran e-baucar: Polis buka lima kertas siasatan
Tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020 membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet.

APMM akan panggil pemilik, keluarga anak kapal MV Dai Cat 06
APMM akan membuka kertas siasatan dan memanggil pemilik kapal, keluarga anak kapal termasuk ejen kapal berkenaan.

Kubur Bill Kayong dirosakkan, polis buka kertas siasatan
Insiden tersebut disedari oleh orang awam yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis.