awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu luah rasa terkilan, tidak sedar anak tertinggal dalam kebakaran

Sinar Harian
Sinar Harian
16/05/2025
23:50 MYT
Ibu luah rasa terkilan, tidak sedar anak tertinggal dalam kebakaran
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di PPR Paya Rumput, Krubong, Melaka, semalam. Foto Bernama. Gambar kecil: Siti Zaharah. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang terkorban dalam kebakaran rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, di sini, mengakui terkilan kerana tidak menyedari mangsa terperangkap di sebuah bilik ketika api sedang marak.
Ibu mangsa, Siti Zaharah Borhan, 43, berkata, beliau ketika itu sedang tidur di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan kebakaran di salah satu daripada tiga bilik rumah berkenaan.
"Tanpa berlengah, saya bawa semua anak lari keluar.
"Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya tak sangka mangsa tidak ada bersama empat adik-beradik lain di ruang tamu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang, anak keempat daripada lima beradik itu ditemukan terbaring di sebuah bilik yang terbakar dalam keadaan melecur, semalam.
Kebakaran itu disyaki berpunca daripada kanak-kanak tersebut yang bermain dengan pemetik api.
Siti Zaharah dipapah suaminya di pekarangan PPR Krubong, semalam. - Foto Sinar Harian
Siti Zaharah dipapah suaminya di pekarangan PPR Krubong, semalam. - Foto Sinar Harian
Siti Zaharah berkata, dia tidak menyangka dalam keadaan dia terlelap seketika, berlakunya insiden yang menyebabkan kebakaran hingga meragut nyawa anaknya.
"Biasanya, dia bermain dengan adik-beradiknya yang lain, cuma hari ini saya tak tahu dia bermain sendirian di bilik itu.
"Saya cuma terlelap sekejap di ruang tamu, suami pula keluar bekerja," katanya.
Terdahulu, media melaporkan kebakaran sebuah unit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, di sini, semalam yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun, disyaki berpunca daripada pemetik api.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata, siasatan awal mendapati ibu mangsa memaklumkan kebakaran tercetus selepas mangsa dikatakan bermain dengan pemetik api. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kanak-kanak maut kebakaran
#PPR Paya Rumput
#PPR Krubong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami