BATU PAHAT: Seorang warga emas maut manakala anak perempuan dan cucunya cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan masuk ke dalam parit di Kilometer 7.9 Jalan Muar-Yong Peng dekat sini pada Rabu.
Dalam kemalangan tersebut, Hazanah Ariff, 75, meninggal dunia manakala anaknya, Farah Nur Amin, 29, yang memandu kereta tersebut dan anak Farah dikenali sebagai Siti Nur Ain, 4, cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan berlaku pada jam 2.50 petang melibatkan kereta jenis Toyota Altis dipandu anak warga emas tersebut.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Altis tersebut dalam perjalanan dari arah Batu Pahat ke Parit Yaani. Apabila sampai di tempat kejadian berhadapan Masjid Jamek Sri Wangi, kenderaan tersebut telah hilang kawalan.
"Kereta berkenaan kemudian terbabas masuk ke dalam parit di bahu kanan jalan. Tempat kejadian merupakan jalan utama keadaan jalan satu lorong dua hala dan keadaan hujan lebat menyebabkan jalan basah dan licin.
"Akibat kejadian tersebut, warga emas berkenaan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa (pemandu) serta anaknya cedera ringan dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Yong Peng untuk rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penguasa Bomba Kanan II Sulaiman Md Lamin berkata, sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah Fire Response Vehicle (FRV) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kereta berkenaan masuk ke dalam parit sedalam 2 meter. Pihak bomba masuk ke parit menggunakan tali dan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan road traffic accident (RTA).
"Semua mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan dan pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 3.10 petang," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023

Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan selepas kereta dinaiki terbabas dan masuk ke dalam parit di Kilometer 7.9 Jalan Muar-Yong Peng, Batu Pahat pada Rabu. - Foto ihsan IPD Batu Pahat

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Ibu maut, kereta dipandu anak masuk parit
Kemalangan berlaku pada jam 2.50 petang melibatkan kereta jenis Toyota Altis dipandu anak warga emas tersebut.

Lelaki maut kereta dipandu langgar pokok
Kemalangan itu dipercayai berlaku pada jam 2.08 petang semasa mangsa, Mohd Nasir Ahmad, 36, memandu dari arah Yong Peng ke Sri Medan.