MALAYSIA
Ibu maut, suami dan anak 6 tahun cedera kereta dinaiki terbabas
Keadaan kereta yang dinaiki tiga beranak selepas terbabas di Kilometer 44.2 Lebuhraya Karak–Kuala Lumpur pagi Ahad. - Foto IPD Bentong
BENTONG: Seorang wanita maut manakala suami dan anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 44.2 Lebuhraya Karak–Kuala Lumpur, di sini pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian dikatakan berlaku pada jam 8.26 pagi selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan tentang kemalangan di lokasi berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta dari arah Kuala Lumpur menuju Kuantan yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun bersama dua penumpang, iaitu isterinya, Norhanis Abd Manan, 31, dan anak perempuan mereka berusia enam tahun.
“Siasatan mendapati kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan, masuk ke longkang, berpusing dan terbalik di lorong kiri,” katanya dalam kenyataan pada malam tadi.
Beliau berkata, Norhanis disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu mengalami kecederaan ringan dan anak mereka cedera di bahagian kepala serta patah tangan.
Sehubungan itu, Zaiham memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian tampil membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian