awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu MB Selangor meninggal dunia

Bernama
Bernama
18/02/2017
01:40 MYT
Ibu MB Selangor meninggal dunia
Azmin dan ahli keluarga mengangkat keranda jenazah ibunya di hospital untuk dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang. Gambar Twitter
Che Tom Yahaya, ibu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Pakar KPJ Damansara dekat sini, pukul 2.14 pagi ini.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata jenazah Che Tom, 82, akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi tujuan pengurusan dan solat jenazah sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang.
"Jenazah dijangka tiba di Kampung Klang Gate pada pukul 9 pagi dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate pada 11 pagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 11 Feb lepas, Mohamed Azmin dilaporkan berkata ibunya diserang angin ahmar empat bulan lalu dan dirawat di hospital.
Beliau berkata keadaan Che Tom sebelum ini semakin baik dan hampir dibawa keluar dari unit rawatan rapi ke wad biasa.
Namun, menteri besar berkata keadaan ibunya semakin kritikal dan beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa keadaan ibunya tenat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu
#meninggal dunia
#Mohamed Azmin Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan