Ibu Menteri Besar Perak meninggal dunia

Abd Razak Mohd Ali
April 28, 2019 13:49 MYT
Ahmad Faizal dan isteri, serta ibunya Datin Zaliha Nordin (tengah) selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 12 Mei 2018. - Gambar fail/Facebook
Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datin Zaliha Nordin, 79 tahun, meninggal dunia kira-kira jam 7.25 malam Ahad kerana sakit tua.
Allahyarhamah meninggal dunia di rumah anaknya di Kampung Sungai Rokam di sini.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, jenazah akan dibawa ke kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja DiHilir malam ini.
Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid al Khairiah Kampung Kepayang, Fair Park di sini, kira-kira jam 10 pagi Isnin.
Jenazah dijangka disemadikan bersebelahan pusara suaminya, Allahyarham Datuk Azumu Tak.
#Ahmad Faizal Azumu #Ibu kepada Menteri Besar Perak #ibu MB Perak meninggal dunia #Jalan Raja DiHilir #kampung sungai rokam #Zaliha Nordin