awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2024
02:15 MYT
Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninggal dunia
Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek kehilangan ibunya, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor yang kembali ke rahmatullah, hari ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek kehilangan ibunya, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor yang kembali ke rahmatullah, hari ini.
Menurut kenyataan yang dikongsi pejabat beliau di akaun media sosial, Allahyarham Dr Siti Zalikhah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi tadi.
“Jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.
Pejabat Menteri Pendidikan turut memaklumkan, pengurusan jenazah dijangka dibuat di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada di Kajang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, dekat Selangor.
[Maklumat daripada YB Fadhlina Sidek dan keluarga] Dukacita dimaklumkan ibunda kami Dr Siti Zalikhah Md Nor (balu Allahyarham Dato' Dr. Siddiq Fadzil) telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.30 pagi 16 Jun 2024. --1 pic.twitter.com/lUXMpFGGph
— Fadhlina Sidek (@FadhlinaSiddiq) June 16, 2024
Kenyataan berkenaan turut berkata, Allahyarham Dr Siti Zalikhah sepanjang hayatnya merupakan seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya.
Sebelum ini, media melaporkan ibu Fadhlina menerima rawatan rapi di hospital sama.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#ibu Menteri Pendidikan
#Fadhlina Sidek
#ibu Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan